Viral

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Dimasukkan Ke Jabatan Kecemasan “Semoga Di Permudahkan Urusan”

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya akibat sesak nafas pada Isnin malam.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu posting di Facebook.

Ujar Najib, Ahli Parlimen Marang itu kini berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada di hospital tersebut.

Menurut kenyataan itu, doktor memaklumkan bahawa keadaan Abdul Hadi stabil.

“Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat,” kata kenyataan itu.

Katanya, doktor telah memaklumkan bahawa Abdul Hadi akan dirujuk ke Institut Jantung Negara untuk rawatan susulan. Beliau juga akan membuat ujian swab di IJN.

Difahamkan, beliau dibawa ke institut tersebut pada pukul 9.50 malam dengan menggunakan ambulans.

Dalam pada itu, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuat naik status di Twitternya berhubung keadaan Presiden Pas itu.

“Menerima berita mengejutkan Abdul Hadi telah dimasukkan Hospital Putrajaya malam ini sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada tuan guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

 

 

Jam lebih kurang 1950 Dato’ Seri Haji ABDUL HADI bin AWANG – Presiden PAS telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital PUTRAJAYA akibat sesak nafas. Turut hadir di Hospital Putrajaya adalah Datuk Seri TAKIYUDDIN bin HASSAN – Menteri JPM (Undang-Undang).

Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat.

Doktor telah memaklumkan bahawa DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan. Beliau akan membuat swab test di IJN.

Pada jam 2125, DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG telah dibawa dengan ambulan ke IJN KL.

 

 

Sumber : SinarHarian

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *