
Pelakon dan model Alicia Amin tidak berkecil hati apabila ada yang segelintir wargamaya menggelarkannya sebagai pel4cur yang berkahwin dengan seorang doktor.
Pada Ahad, Alicia berkongsi sebuah komen daripada wargamaya yang memanggilnya dengan gelaran itu pada foto persandingannya bersama suami, Farzan Iqbal.
View this post on Instagram
Menurut Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 26, dia mengingatkan agar jangan sesekali melontarkan pendapat yang tidak berasas terhadap wanita.
“Saya sebenarnya berkongsi komen tu sebab kelakar la tengok orang bitter.
“Kalau betul pun seorang “pel4cur” atau pekerja sekkks itu nak berkahwin dengan doktor, ada jodoh biarlah. Tapi apa yang lebih serius di sini, jangan gunakan istilah yang misoginistik atau bersikap prejudis untuk cuba menjatuhkan orang lain. Kalau tak suka tengok, keep walking,” ujarnya ketika dihubungi oleh pihak Gempak.
View this post on Instagram
Tambah Alicia, suaminya, Farzan, 27, turut membaca komen tersebut dan menganggap perkara itu sebagai jenaka.
“Kitorang gelak je. Dia lebih kurang macam saya, jenis tak kisah.
“Seperti yang awak tahu, saya dah terbiasa dengan orang memb3nci saya. Saya faham semua manusia ada perbezaan pendapat masing-masing,” jelasnya lagi.
Semalam Alicia dan sah bergelar isteri dengan sekali lafaz dinikahkan bapanya Raja Amin Raja Mokhtar.
Majlis pernikahan Alicia dan Farzan yang berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu hanya dihadiri oleh enam orang sahaja iaitu keluarga terdekat.
Terdahulu tular rendang yang di kacau oleh Alicia yang sedap…..
View this post on Instagram
Sumber:gempak via metro daily
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply