Keajaiban ! Bentuk Pokok Mirip Orang Tengah Bersolat

PAHANG LIPIS – Sebatang pokok ditemui menyerupai orang sedang bersolat berhampiran Masjid Kampung Jerangsang,Benta dekat Kuala Lipis.

Seorang penduduk kampung, Azman Wahab, 54, berkata, kedudukan pokok itu mula disedari sejak beberapa minggu lalu sebelum gambar pokok itu dirakam anak saudaranya dan tular di laman sosial Facebook.

Menurutnya, batang pokok langsat itu sudah mati dan imej kelihatan seperti orang sedang bersolat terhasil selepas terdapat lingkaran tumbuhan menjalar.

“Pokok ini juga mengadap kiblat berhampiran dengan kawasan masjid di atas tanah milik persendirian.

“Sebelum ini, memang tidak nampak dan hanya beberapa minggu ini baru diketahui,” katanya pada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau yang juga seorang pesara guru memuat naik gambar tersebut di laman Facebook miliknya untuk menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT terhadap ciptaan-Nya.

“Memang rasa kagum dan perkongsian tersebut mendapat reaksi positif rakan-rakan Facebook dan mereka yang melihat gambar tersebut,” katanya.

Kalau tak caya, sesiapa lalu area bleh singgah kat Kampung Jerangsang,Benta dekat Kuala Lipis area masjid dan boleh rakam pokok yang di perkata kan.

 

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Nanti Min Nak singgah kalau balik kampung kat Kelantan…hehehe

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Keajaiban ! Bentuk Pokok Mirip Orang Tengah Bersolat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*