
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang akan diteruskan hingga 4 Mac ini.
Keputusan itu dibuat hasil penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) bersama sidang khas Jawatankuasa Teknikal PKP.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pelaksanaan PKP ini akan diteruskan bermula 19 Februari ini.
Beliau berkata, status Putrajaya dan Labuan akan bertukar daripada PKP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Negeri lain yang turut bertukar kepada status PKPB adalah Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, hari ini.
PUTRAJAYA – Vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari ini sekali gus membolehkan program roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dimulakan pada 26 Februari depan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan menerima suntikan vaksin pada hari tersebut bersama-sama petugas barisan hadapan yang merupakan kumpulan sulung dalam Fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
“Seperti yang telah diumumkan, Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021.
“Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos depan dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula dari bulan Mei depan sehingga Februari 2022,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pada majlis pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. -K! ONLINE
Kes sembuh tertinggi 5,718! Malaysia catat 2,720 jangkitan baharu Covid-19… 8 lagi kematian
PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,720 kes baharu, menjadikan keseluruhan 269,165 kes setakat Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 44,129 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,300 kes, diikuti Johor (451 kes) dan Kuala Lumpur sebanyak 318 kes.
“Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 983 kes,” katanya pada sidang media, petang Selasa.
Beliau berkata, sebanyak 5,718 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 224,053 kes.
“Sehingga kini, terdapat 253 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 118 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply