Ramai bengang dengan isteri Shuk pulak selepas serra upload tiktok “Itu suami saya dan hak saya..”

Terdahulu, Selepas hubungan antara pelawak Shuk Sahar dengan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah reda, tiba-tiba timbul pula isu lain dimana warganet mendakwa Sera sendiri yang mengundang kontroversi tersebut.

Menerusi aplikasi TikTok milik Rossalenna atau lebih mesra disapa ‘Sera’, dia memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya memakai kaca mata hitam sambil bersandar di kerusi.

Dalam video itu, Sera melakukan ‘miming’ dengan dialog yang seakan-akan ‘memerli’ seseorang termasuk membuat gaya seolah-olah ‘berlagak’ diiringi gelak ketawa.

 

Kenapa kena hasut orang lain suruh benci aku sekali? Tak boleh jatuhkan aku sorang-sorang eh?,” lontar Sera mengikut dialog tersebut.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet, rata-rata mereka berbelah bahagi pendapat.

Bagi penyokong Sera, mereka menyatakan perkara sedemikian perlu dilaungkan supaya orang yang dengki dengan kebahagiaan mereka suami isteri menyerah kalah.

Bagaimanapun, ada juga segelintir individu kurang senang dengan tindakan wanita itu dan menegaskan bahawa Sera yang mencetuskan permasalahan rumah tangganya di laman sosial.

Masih tidak berpuas hati dengan perkongsian berkenaan, warganet mula ‘menggali’ semula dan menyerang video Sera pada bulan Disember lalu, iaitu ketika Sera mempertahankan suaminya yang dituduh curang.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang bengang tindakan Sera dan memerli dirinya kembali. Bagi mereka, empunya diri buka aib suami, tetapi kenapa nak salahkan warganet pula?

Hari tu beria2 buka aib suami

Nanti suami curang lagi jangan heboh

Dia sendiri tunjuk masalah di laman sosial

Tahniah sis sebab masih bertahan

Terdahulu, Sera berkahwin dengan Shuk atau nama sebenarnya, Shukri Mohamed Sahar pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Sumber: TikTok Sera 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*