K3COH YOUTUBER NEKAD POTONG RAMBUT MAKCIK INI DAN INI KESUDAHANNYA

Di YouTube, seorang youtuber Indonesia iaitu Pratiwi Noviyanthi berkongsikan video menemui seorang wanita yang dipercayai gelandangan di daerah Jawa Timur, Indonesia.

Youtuber ini dengan kerjasama Yayasan Al-Fajar telah mendekati seorang warga emas yang dipercayai sudah berpuluh tahun tinggal di kaki lima sebuah rumah usang.

Lebih jadi perhatian apabila pasukan ini membantu warga emas berkenaan dengan membersihkan dirinya termasuk memotongkan rambut dan kuku.

‘Dibuang’ oleh seseorang

Pada awal video, Pratiwi mendekati warga emas itu dengan membawa sebotol air mineral dan bertanyakan khabar kepadanya.

Setiap pertanyaan yang diajukan, enggan dijawabnya. Malah, botol minuman tersebut juga dilemparnya jauh.

Sementara itu, Youtuber berkenaan sempat bertanyakan mengenai warga emas tadi kepada penduduk berhampiran.

Menurut sumber, warga emas yang terlantar itu tidak mempunyai keluarga dan sudah berpuluh tahun dia berada di situ selepas ‘dibuang’ seseorang suatu ketika dahulu.

Malah, warga emas tersebut hanya mendapat makanan hasil dari pemberian penduduk berhampiran.

Video penuh

Video berdurasi 21:20 minit itu telah mendapat lebih 8.2 juta tontonan di laman YouTube.

Rata-rata netizen bersetuju sekiranya warga emas yang terlantar disitu di bawa ke rumah kebajikan supaya dia lebih terjaga selepas ini.

Lebih menarik perhatian apabila Youtuber dan beberapa orang dari Yayasan Al-Fajar bertindak membersihkan dirinya dengan menguntingkan rambut dan kuku.

Dipercayai rambut warga emas itu tidak pernah dipotong sejak berpuluh tahun yang lalu selepas dia dibuang ke kawasan tersebut.

Begitu juga dengan kukunya yang akhirnya berjaya digunting oleh Youtuber ini menggunakan gunting pangkas tanaman.

Sumber: Pratiwi Noviyanthi via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "K3COH YOUTUBER NEKAD POTONG RAMBUT MAKCIK INI DAN INI KESUDAHANNYA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*