Anak Punya Hal , Ibu Bapa Yang Mendapat

JOHOR BAHRU: Pinjam RM1,000, namun hanya terima RM350 dan kini perlu membayar RM12,000 kepada c3ti har.am atau ah long, d4kwa suami isteri yang kini hidup dalam ket4kutan gara-gara perbuatan anak yang gagal menjelaskan hvtang itu.

Chong Kok Yeong, 55, dan isteri Teoh Lee Hong, 56, mend4kwa rumah mereka di Taman Pulai Utama, Skudai dibaling b0m mol0tov pada 9 Feb lalu sehingga menyebabkan beberapa bahagian di halaman rumah terb4kar.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, saya percaya mereka individu sama yang menyimbah cat merah dan hitam pada 7.30 malam, 8 Feb lalu,” katanya pada sidang media di pejabat Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor.

Menurut lelaki itu, anaknya yang berusia 21 tahun bekerja di sebuah kedai makan di Pulau Pinang, namun menghilangkan diri sejak 19 Feb lepas.

“Anak lelaki saya ini gemar bermain jvdi dalam talian dan telah meminjam RM1,000 pada awal Februari lalu, namun hanya terima RM350 dan kini ah long itu minta bayaran balik RM12,000,” katanya, menambah turut menerima surat ugvtan rumahnya akan dib4kar jika hutang tersebut tidak dibayar.

Chong berkata, dia juga membuat lima laporan polis, mengharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan menerima semua laporan berkenaan.

Sumber : FMT

 

Apa Pendapat Anda? Ingat kan Ah Long dah pupus….

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*