Viral

HVKU.MAN GAN.TUNG SAMPAI MA.TI TERHADAP SUAMI DAN ISTERI KERANA BUN.UH AN.AK

Kuala Terengganu – Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah selepas terbabit dalam pembunuhan anak perempuannya lima tahun lepas.

Suami bernama Anuar Yusof 55, dan isteri Murni Ahmad 40, didapati bersalah oleh Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dua anak mereka Siti Sarah Anuar 26 dan Amir Sharif Anuar 19, dilepaskam atau dibebaskan oleh hakim kerana tiada sebarang perkara bersubahat.

Berdasarkan pertuduhan 4 beranak ini telah membunuh Siti Hajar Anuar semasa berumur 22 tahun iaitu kakak kepada dua beradik ini. Kejadian berlaku di jalan Air Putih Taman Semarak Binjai Chukai Kemaman pada jam 10.45 malam pada 26 April 2016.

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Tragedi menimpa mangsa dikesan selepas polis curiga dengan laporan kematian dibuat bapa gadis itu pada 26 April 2016.

Pada mulanya, gadis berkenaan dikhabarkan mengalami sakit biasa, tetapi kesan gigitan di badan selain lebam di mata membongkar tindakan itu dipercayai dilakukan ahli keluarganya sendiri.

Siasatan awal polis juga mendapati keadaan fizikal gadis berkenaan terlalu kurus yang hanya berat 18 kilogram seperti kebuluran tidak cukup makan menyebabkan empat beranak itu ditahan di rumah keluarga berkenaan pada 1.50 pagi, 1 Mei 2016.

Sumber : Sinar harian

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *