Bapa Bu.nuh 2 Anak Autisme Untuk Tuntut Insurans RM12.35 Juta Beli Hartanah Di Mesir & Bot

SEORANG bapa bertindak kejam apabila membunuh dua anak lelakinya yang menghidap autisme dengan merancang kemalangan jalan raya bagi membolehkannya membuat tuntutan insurans anak-anaknya.

Bapa durjana itu dihukum penjara selama 212 tahun.

Ali F. Elmezayen, 45, dijatuhkan hukuman penjara maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang kerana pembunuhan yang begitu kejam.

Pejabat peguam Daerah Tengah California berkata, Ali memandu kereta yang dinaiki bekas isteri dan dua anak lelakinya yang menghidap autisme, masing-masing berumur lapan dan 13 tahun sehingga terbabit nahas.

Dalam kejadian pada 9 April 2015, kereta yang dipandu Ali merempuh dermaga sebelum terjunam ke laut.

Ali berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke permukaan air selepas membuka tingkap di bahagian pemandu, manakala bekas isterinya yang tidak tahu berenang juga terselamat apabila seorang nelayan melemparkan alat pelampung.

Dua daripada tiga anak lelakinya terperangkap dalam kereta dan lemas.

Kemalangan itu disengajakan bagi menuntut wang yang dibayar menerusi polisi insurans anak-anaknya.

Selepas melakukan penipuan itu dengan memperoleh jutaan dolar, dia membeli hartanah di Mesir termasuk sebuah bot.

Ali yang berasal dari California itu mengeluarkan tuntutan polis insurans kemalangan dan nyawa berjumlah AS$3 juta (RM12.35 juta) untuk dirinya sendiri termasuk keluarganya, daripada lapan syarikat insurans selepas kejadian.

Hakim daerah, John F. Walter, menyifatkan rancangan jahat Ali sebagai jenayah yang keji dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber : mirror.co.uk

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Bapa Bu.nuh 2 Anak Autisme Untuk Tuntut Insurans RM12.35 Juta Beli Hartanah Di Mesir & Bot"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*