Bapa Sanggup Bawa Kipas Ke Sekolah Pasal Anak Mengadu Panas

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak mereka, betul tak? Begitulah yang berlaku dalam kisah pasangan suami isteri ini.

Berikutan cuaca tidak menentu yang menanda negara Malaysia kebelakangan ini, seorang wanita bernama Puan Ros Ramlan berkongsi cerita di mana anak perempuannya ada mengadu kepanasan sewaktu dalam kelas di sekolah.

Tidak mahu anaknya kurang fokus semasa sesi pembelajaran, bapanya terus membawa kipas ke bilik darjah. Aksi bapa tersebut dirakam menerusi satu video yang dikongsi oleh Ros di aplikasi TikTok miliknya @rosramlan.

Bapa bawa kipas angin besar ke sekolah

 

“Please nak, lepas ni jangan ‘complain’ lagi ya. Mama risau nanti Daddy bawa sekali peti ais semua,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

 

Mungkin perkara itu tidak pernah dibuat orang, sehingga pak ‘guard’ di sekolah pun terkejut melihat aksi bapa terbabit.

Apabila permintaan anak sudah dipenuhi, wanita itu memberi pesanan kepada anaknya agar tidak mengadu tentang suasana dalam kelas pada bapanya lagi.

Malah, dia sempat lagi berseloroh, manalah tahu takut jika suaminya membawa perkakas elektrik lain ke sekolah pula nanti.

Meninjau ke ruangan komen, netizen membanjiri dengan pelbagai reaksi di mana mereka bersetuju dengan tindakan bapa terbabit. Mana tidaknya, bapa mana yang tidak mahu yang terbaik untuk anaknya, betul tak?

Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dan menyifatkan tindakan itu tidak wajar atas alasan anaknya itu bersekolah di sekolah awam.

Mesti anak terharu dengan bapa

Kalau sekolah benarkan, apa salahnya?

Panas dulu dan sekarang lain, tak perlu banding

Sumber: TikTok @rosramlan

Kredit OhMyMedia

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*