
KEYAKINAN seorang gadis yang menghasilkan video sambil menunjukkan keadaan giginya yang kurang sempurna, menjadi bualan netizen.
Menurut empunya badan, Nurfaraain Jamaluddin, dia sekadar suka-suka berkongsi video dan bagaikan sudah menjangka dirinya bakal dijadikan bahan jenaka dan kecaman.
Namun kata gadis berusia 22 tahun itu, dia terkejut apabila menerima reaksi berbeza yang mana rata-rata netizen memberi pujian, sokongan dan kata-kata semangat buat dirinya.
“Saya ada masalah gigi sejak darjah 4. Ada masalah urat saraf. Dah tak boleh nak ubati, jadi bernanah di bahagian gusi.
“Tahun ni saya mula cabut. Setakat ni dah buang dua gigi, saya akan meneruskan rawatan dan buang enam lagi gigi.
“Saya suka tengok orang lain buat video, jadi saya cuba buat juga. Kadang-kadang segan sebab kita tak ada gigi, takut orang kecam.
“Tapi terbalik pula. Kali ni orang bagi kata-kata semangat. Mula-mula tu memang saya takut,” ujarnya kepada mStar.
Mesra disapa Ain, dia mendedahkan cukup terkejut apabila menerima pujian ramai atas keyakinan yang ditonjolkan.
Biarpun ada sedikit komen negatif, dia langsung tidak ambil hati dan menerima segalanya dengan hati terbuka.
“Ingatkan tunjuk diri tak ada gigi, orang akan kutuk. Tapi Alhamdulillah semua OK.
“Cuma ada seorang dua, mereka suruh saya beli gigi, betulkan gigi… ada yang kata, muka dah cantik, gigi entah apa-apa.
“Biarlah mereka kutuk, saya tak ambil hati. Yang mana beri sokongan, saya ucapkan terima kasih,” ujarnya.
Dedah Ain, kisah dirinya itu turut membuka rezeki apabila dia dihubungi untuk membuat reviu produk.
Pada waktu ini, Ain masih bekerja di sebuah medan selera di Alor Gajah, Melaka dan turut menjual produk kecantikan serta beberapa jenis biskut.
“Saya kerja kedai makan, saya bahagian bakar sate. Selepas viral, ada yang hubungi nak beli skincare yang saya jual, ada yang minta saya buat reviu.
“Saya agak terkejut sebab tak pernah buat reviu. Tak pernah jadi famous. Sekarang pergi mana-mana, ada yang tegur. Saya bersyukur dengan rezeki.
“Saya juga ada buat kuih, ada buat almond London, semperit dan tart,” ujarnya.
Berkongsi mengenai dirinya, anak keempat daripada lima beradik itu mengakui berhenti sekolah ketika berusia 15 tahun demi menjaga ibunya, Tini Md Drus, 52, yang ketika itu menghidap kanser payudara.
Dedahnya lagi, bapanya pula sudah lama meninggal dunia akibat sakit jantung.Kata Ain, dia berharap segala rezeki yang mencurah itu membolehkan dia membantu keluarganya, khususnya ibu.Sehingga kini, Ain memiliki lebih 20,000 pengikut di TikTok.
https://vt.tiktok.com/ZSJFnJbLW/
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply