Budak 4 Tahun Maut, Diserang 5 Ekor Anjing Jalanan

SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas diserang lima ekor anjing jalanan di Arab Saudi.
Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Shahd, dilaporkan diserang sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumahnya di kawasan perumahan Al Washaila, lapor The Sun.

Ibu mangsa berkata, selepas terdengar anaknya menjerit, dia keluar dan melihat anaknya diserang anjing berkenaan sebelum meminta pertolongan.

Beberapa orang berjaya menghalau anjing tersebut dan kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia semasa terima rawatan.

Bapa saudara mangsa, Abdullah Hazzam Al Abd Al Salam memaklumkan, keluarga mangsa sangat terkejut dengan kejadian tersebut, lapor Gulf News.

“Kami membawa anak saudara saya ke hospital berdekatan pada jam 5.30 petang dan petugas kesihatan memberitahu kami dia berada dalam keadaan stabil.

“Kami terpaksa menunggu di bahagian luar hospital sebagai langkah keselamatan akibat COVID-19, namun pada jam 7.50 malam, kami diberitahu kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia,” jelasnya kepada Gulf News.

Tambahnya lagi kawasan perumahan tersebut sudah lama mengalami masalah dengan haiwan jalanan yang berkeliaran dan ia diendahkan pihak berkuasa tempatan.

Dia turut menggesa kerajaan membunuh anjing jalanan di kawasan tersebut yang sering dikunjungi orang ramai bersama anak-anak mereka pada hujung minggu.

Insiden berlaku pada 12 Mac lepas di Al Washaila yang terletak kira-kira 25 km di selatan Riyadh.
Jenazah Shahd dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mansouriya pada 14 Mac lepas.

Sumber : astroawani.com

Apa Pendapat Anda? harap kejadian seumpama ini tidak berlaku di negara kita…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*