Video Rider Basah Kuyup Dalam Hujan Lebat Tunggu Pelanggan Jentik Emosi

SABAN hari, ada sahaja kisah mengenai rider penghantar makanan yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Terbaharu, tular pula rakaman berdurasi 44 saat, memaparkan seorang rider yang sedang berdiri di dalam hujan lebat ketika menghantar pesanan makanan.

Dalam rakaman itu, dia berada di sisi motosikal miliknya sambil memegang telefon bimbit, di hadapan pagar sebuah kediaman.

“Demi mencari rezeki. Kasihanilah mereka. Kalau order time hujan ni, korang alertlah dengan kehadiran mereka.

“Jangan buat mereka tunggu lama dalam hujan lebat,” tulis individu yang berkongsi video itu di TikTok.

Video yang dikongsi pemilik akaun @laparperutku itu sehingga kini meraih hampir 80,000 tontonan.

Netizen menzahirkan rasa simpati mereka terhadap nasib rider itu.

Video itu ternyata mencengkam emosi ramai apabila individu itu turut menggunakan lagu Setia Hujung Nyawa, dendangan asal Yana Samsudin sebagai muzik latar.

Sehingga kini, video itu turut dibanjiri hampir 2,000 komen netizen, rata-ratanya bersimpati dengan nasib rider berkenaan.

“Kalau hujan, bersedialah depan rumah, buka pagar ke… kesian rider.

“Akak tak nak komen apa-apa, akak nak nangis je.”

NETIZEN

“Demi nak mencari rezeki sanggup redah hujan dan bahaya. Moga Allah memberi rezeki luas dan penuh keberkatan kepada rider ni.

“Tiba-tiba keluar air mata. Sedih. Tolong jangan buat mereka tertunggu-tunggu di luar ketika hujan macam ni.

“Akak tak nak komen apa-apa, akak nak nangis je,” tulis beberapa netizen.

Netizen berharap pelanggan lebih peka dengan kehadiran rider apabila mereka membuat tempahan makanan.

Malah, ada yang turut mempertikaikan sikap pelanggan yang membuat tempahan kerana tidak peka dengan kehadiran rider serta keadaan cuaca pada waktu itu.

Selain TikTok, seorang lagi individu turut menularkan video itu ke laman Twitter sehingga meraih 70,000 tontonan dalam tempoh 16 jam.

Sebagaimana di TikTok, pelayar Twitter turut menzahirkan rasa simpati mereka terhadap rider itu.

Antara komen netizen di Twitter.

Namun, ia bukanlah kali pertama kejadian seumpamanya dilaporkan

Pada 28 November lalu misalnya, mStar turut melaporkan kisah seorang rider wanita yang mundar-mandir di lobi sebuah bangunan, setia menanti pelanggan yang tidak muncul.

Rakaman itu tular dan rata-rata netizen menyuarakan rasa geram atas sikap pelanggan yang tidak peka sehingga menganiayai rider.

Video Yang Tular

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Video Rider Basah Kuyup Dalam Hujan Lebat Tunggu Pelanggan Jentik Emosi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*