Confident Betulkan Tulisan Zikir Suami, Ini Reaksi Spontan Neelofa Untuk ‘Cover’ Malu

Semuanya pasti terasa indah lepas bergelar pengantin baru kan? Begitulah kehidupan selebriti terkenal, Neelofa yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada 27 Mac yang lalu di hotel terkemuka Kuala Lumpur. Ada saja kisah menarik tentang mereka yang jadi tumpuan di media sosial.

“Belum lancar lagi, ‘free marketing’ (promosi percuma) dah gegar satu negara.”

Itu yang dikongsi selebriti kontroversi, Neelofa melalui coretan di Instagram (IG) Story hari ini, mengenai kekecohan konon melanggar larangan rentas negeri apabila didakwa berbulan madu di Langkawi, sedangkan bekerja bagi memenuhi komitmen dengan pembekal makanan dan minuman, Chatime Malaysia Sdn Bhd, di pulau peranginan itu.

Sambil meminta semua pihak bertenang, melalui coretan itu, Neelofa bagai membayangkan dirinya tidak menyangka kekecohan besar timbul daripada kunjungannya ke Langkawi atas dasar kerja.

“Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta-juta orang tahu cawangan Chatime akan dibuka di Langkawi,” katanya dalam coretan itu.

Upload story belajar zikir baharu bersama PU Riz

Walaupun namanya sedang hangat ‘dibahan’ netizen sejak pergi ke Langkawi, tapi Neelofa tetap meneruskan hidupnya seperti biasa. Terbaru di Instastory miliknya, dia sempat berkongsi video pendek sedang mempelajari zikir bersama suaminya. Namun siapa sangka, video itu bertukar mencuit hati apabila dia ingin membetulkan tulisan PU Riz.

Confident Betulkan Tulisan Zikir Suami, Neelofa Mampu Gelak Je ‘Cover’ Malu

Nak try betulkan suami… Neelofa gelak sendiri sebab terlebih confident
Setelah sedar menyebut huruf yang salah, Neelofa hanya mampu tergelak saja. Dia yang confident membetulkan huruf jawi berkenaan sempat memberitahu tulisan ‘cakar ayam’ pada buku itu bukan kepunyaan suaminya. Sebelum ini dia kerap juga share zikir-zikir yang sering dibacanya, namun perkongsian kali ini sedikit berbeza kerana sudah ada suami yang menemani.

Rindu gelak ‘abang-abang’ Neelofa… Untunglah pagi-pagi dah sweet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan nada gelak dan tahap confident usahawan berjaya itu. Peminat juga memuji kesungguhan Neelofa dalam mempelajari sesuatu yang baru bersama suami.

Confident Betulkan Tulisan Zikir Suami, Neelofa Mampu Gelak Je ‘Cover’ Malu

Seperti yang terjadi kepada Neelofa. Dua hari lalu, polis pun sudah mengesahkan bahawa perjalanan rentas negeri selebriti itu bersama tiga lagi individu ke Langkawi atas urusan kerja, namun netizen tetap mempersoalkan alasan tersebut.

Tidak cukup dengan kenyataan polis, pihak Chatime pula mengeluarkan kenyataan bahawa selain Langkawi, lokasi lawatan kerja yang akan dikunjungi Neelofa dan Haris ialah Sungai Petani dan Kangar, Perlis sempena pembukaan cawangan baharu.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pergerakan Neelofa dan Haris atas alasan kerja.

Dari satu sisi lain, netizen mempersoalkan tergamak sungguh pihak Chatime sehingga menidakkan ‘cuti ihsan’ buat pengantin baharu. Baru sehari bernikah, terus dijemput terbang untuk urusan kerja. Tak bagi peluang langsung.

Ada juga yang kata, sebelum nikah tak ada pula cerita Neelofa berkunjung ke Chatime, alih-alih dah kahwin terus terbang ke Langkawi atas alasan sebegitu ‘kayangan.’

Sejujurnya, sejauh mana kebenaran dan seberapa banyak komitmen pengantin baharu itu terhadap urusan kerja berbanding bulan madu seperti kecaman umum, mungkin perkara tersebut hanya dipisahkan garis halus bersandarkan niat.

Untuk penulis, cukup-cukuplah usaha menjejaki pengantin baharu itu. Lepaskan seketika Neelofa dan Haris yang sambil menyelam ‘minum’ air bulan madu mereka itu, hilang gelap timbullah terangnya nanti.

Sumber: https://www.facebook.com/lofarizz

Kredit :printlyrics.net

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Confident Betulkan Tulisan Zikir Suami, Ini Reaksi Spontan Neelofa Untuk ‘Cover’ Malu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*