Netizen Tanya Anak Perempuan Menteri Ismail Sabri Bila Boleh Rentas Negeri. Ini Alasannya

Anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datin Nina Sabrina bersikap sporting menjawab pertanyaan netizen di Ask Me Question.

Antara soalan yang diterima adalah mengenai rentas negeri yang masih tidak dibenarkan disebabkan pandemik Covid-19.

Netizen Tanya Anak Ismail Sabri Bila Boleh Rentas Negeri? Nina Sabrina; Saya Pun Akan Menunggu Pengumuman Setiap Hari ...

“Bila boleh rentas negeri sis? Tolong tanya daddy,” tanya salah seorang pengikut yang tidak diketahui identiti.

Menjawab persoalan itu, Nina menyatakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya boleh mengeluarkan arahan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Yang ini kena tanya KKM, MKN hanya boleh membenarkan rentas negeri dengan nasihat KKM mengikut jumlah kes.

“Melihat nombornya saya ragu ia akan berlaku dalam masa terdekat,” tulisnya di Instagram Stories.

Dalam pada itu, isteri kepada pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie berkata dia dan keluarga tidak menetap bersama Ismail kerana mereka mempunyai rumah sendiri.

Tambahnya, sekiranya mereka berjumpa topik Covid-19 tidak menjadi pilihan untuk dibualkan.

“Saya juga tidak tinggal bersama ayah saya dan ketika berjumpa, kami bercakap mengenai perkara lain selain Covid kerana kami tahu dia bosan bercakap tentang Covid setiap hari.

“Sebab tu kadang-kadang bila kawan saya tanya macam-macam pun saya tak dapat jawab, sebab saya memang jujur ​​tak tau.

Saya pun akan menunggu pengumuman setiap hari di televisyen,” tulisnya lagi.

Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia empat tahun.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Netizen Tanya Anak Perempuan Menteri Ismail Sabri Bila Boleh Rentas Negeri. Ini Alasannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*