Akhirnya Dr Amalina Bersuamikan Jejaka Mat Salih Walaupun 3 Kali Tertangguh. Tahniah!!

DOKTOR kelahiran Malaysia yang berkhidmat di London, United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri selamat menjadi isteri kepada seorang jejaka berbangsa asing yang dikenali sebagai Alex pada 31 Mac lalu.

Berita gembira itu diumumkan oleh beliau menerusi satu perkongsian di laman Instagram, lewat malam Jumaat.

Bersama perkongsian tersebut, Dr Amalina memuat naik sekeping gambarnya yang anggun mengenakan busana rona putih rekaan Putraaziz dari Butik Cosry, sementara suaminya pula kacak mengenakan sut.

“Alhamdulillah, upacara nikah dilangsungkan di London Central Mosque pada 31 Mac 2021. Walaupun terpaksa menangguhkan pernikahan kami sebanyak tiga kali kerana ‘lockdown’, kami berasa lega kerana berjaya mengadakan majlis ringkas yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat (enam tetamu sahaja sebagaimana peraturan Covid-19),” tulisnya.

Menurut Dr Amalina, pada awalnya mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi pada Mac di Malaysia dan Jun di United Kingdom, namun perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semua tetamu dapat turut meraikan bersama-sama.

“Kami tidak sabar untuk meraikan hari bahagia kami dengan orang tersayang dan rakan tidak lama lagi. Amalina dan Alex,” tulisnya.

Dr Amalina mengumumkan berita pertunangannya pada Ogos 2020.

Sementara itu ruangan komen perkongsian tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen.

“Alhamdulillah… tahniah Dr!

“Gembira untuk anda berdua. Tahniah untuk Dr Amalina dan suami. Ucapan moga anda sentiasa bahagia sentiasa.

“Tahniah Dr. Semoga bahagia hingga jannah,” demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, Dr Amalina mengumumkan pertunangannya dengan jejaka tinggi lampai itu pada Ogos tahun lalu.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Amalina Che Bakri. Lebih dikenali sebagai Dr Amalina atau Amalina Bakri.

2. Lahir pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan, namun membesar di Johor Bahru, Johor. Kini berusia 32 tahun.

3. Anak tunggal pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah dan Che Bakri Che Mod yang berkhidmat sebagai jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4. Namanya mencuri perhatian selepas mencipta sejarah dengan pencapaian keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

5. Memulakan karier sebagai doktor selepas tamat pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

6. Laman sosial Instagramnya atas nama @dramalinabakri sehingga kini sudah mencatatkan lebih 650,000 pengikut, selain mengumpul 440,000 pengikut di akaun Twitter @dramalinabakri dan 17,000 pelanggan di saluran YouTube Dr. Amalina.

Fakta Menarik

Sewaktu di bangku sekolah, beliau aktif memegang pelbagai jawatan persatuan, selain gemar melibatkan diri dalam pertandingan sayembara puisi, lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis dan bersajak. Diangkat sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 dam Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.

Seorang yang suka mengembara dengan sehingga kini sudah menjejakkan kaki ke 60 buah destinasi di seluruh pelusuk dunia.

Meminati dunia fesyen sehingga digelarkan sebagai ‘Dr Bling Bling’. Gemar ke gim untuk menjaga penampilan diri, selain merupakan peminat tegar filem adiwira Avengers keluaran Marvel Studios.

Menjadikan media sosial sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu kesihatan.

Mampu berkomunikasi dalam slanga British selepas 14 tahun berada di negara itu.

Pemegang biasiswa Kijang Emas daripada Bank Negara Malaysia yang membiayai pengajiannya di UK dalam bidang perubatan.

Merupakan antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom (UK).

Menyimpan impian untuk bergelar pakar bedah kanser payudara dan onkoplastik.

Kini sedang menyulam cinta dengan seorang jejaka Inggeris yang dirahsiakan namanya.

Pencapaian Pendidikan

A-Level di The Cheitenham Ladies’ College, England dari tahun 2005 hingga 2007.

Menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh, Scotland dari 2007 hingga 2013.

Menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi dari 2009 hingga 2010.

Mengikuti Program Amgen European Scholars yang melibatkan kajian dalam bidang farmakologi di Institut Karolinska, Sweden dari 2009 hingga 2010.

Bertugas sebagai doktor pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Genekologi di Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Harvard di Amerika Syarikat dari 2012 hingga 2013.

Memburu Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di Universiti Cambridge dari 2013 hingga 2015.

Dari 2017 hingga kini, beliau menuntut dalam bidang pengajian doktor falsafah (PhD), selain berkhidmat sebagai pendaftar pembedahan umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London selepas tamatnya pengajian Ijazah Sarjana Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge.

 

Sumber  : Mstar & IG Amalina

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Akhirnya Dr Amalina Bersuamikan Jejaka Mat Salih Walaupun 3 Kali Tertangguh. Tahniah!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*