Lelaki Ini Hanya Berseluar Pendek Masa Bersanding Dan Ini Sebabnya

Tidak semua yang dirancang akan berlaku, terkadang banyak ujian yang datang menerpa terlebih dahulu termasuk apabila melibatkan majlis perkahwinan.

Seperti situasi yang tular di Indonesia ini yang menyaksikan seorang pengantin lelaki terpaksa bersanding dengan hanya mengenakan seluar pendek dan tidak berbaju.

Menurut Kompas.com, pengantin lelaki itu dipercayai cedera akibat kemalangan.

Dalam foto yang tular, lengan kirinya dilihat berbalut dengan beberapa kecederaan kecil di bahagian bahu, tangan dan bahu.

Walaupun cedera, pengantin lelaki yang memakai bunga melati masih melakukan perarakan perkahwinan dan duduk di pelamin bersama isterinya.

Gambar Via Kompas

“Mungkin inilah yang disebut sebagai berkahwin secara tidak sengaja,” kata netizen.

Dihubungi oleh Kompas.com, pengantin perempuan, Ellinda Dwi Kristiani mengatakan bahawa suaminya, Suprapto, telah berlangsung pada 2 April lalu di daerah Lengkong, Jawa Timur.

Gambar Via Kompas.com

Dia menjelaskan bahawa suaminya terpaksa tidak memakai baju kerana baru selesai menjalani pembedahan akibat kecelakaan yang dialami.

“Bahunya baru lepas dibedah dan baru pulang dari hospital pada ketika itu,” katanya.

Tambahnya, suaminya mengalami kemalangan empat hari sebelum acara pernikahan. Disebabkan itu, dia perlu menjalani pembedahan pada bahunya.

Sumber : Siakapkeli via kompas.com

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*