KRT Tik Tok Viral

Suami Pakai Kain Pelekat Jer Pergi ‘mall’ Tapi Isteri Berhias Pakai Baju Lawa2

Biasanya setiap pengunjung yang memasuki ‘shopping mall’ pasti akan bersiap dengan imej cantik dan menarik, betul tak? Kalau perempuan, siap bersolek serta memakai busana lawa dan bergaya manakala golongan lelaki pula mengenakan kemeja T dipadan kan dengan seluar ‘jeans’.

Bagaimanapun terpulanglah pada gaya masing-masing ada yang tidak kisah dan pakai pakaian biasa-biasa sahaja asalkan selesa. Begitulah seperti kisah pasangan suami isteri yang tular di TikTok baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @rishaazreen, wanita itu tampil kemas dan bergaya memakai sehelai blaus serta sepasang seluar berwarna putih ketika pergi ke sebuah ‘shopping mall’.

Suami keluar pakai kain pelekat jer

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilan suaminya yang dengan selamba memakai T-shirt putih lengan pendek dan hanya berkain pelekat.

Biarpun banyak mata memerhati gerak-geri lelaki itu, dia kekal tenang dan yakin dengan penampilannya sambil sakan membeli-belah ditemani isteri.

Selesa berkain pelekat, tak lemas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cara lelaki itu dan menganggap kain pelekat sangat selesa dipakai.

Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan rasa tidak ‘confident’ untuk melakukannya.

Lelaki memang simple

Kalau aku pakai, berbakul kena maki

  

Bagus sebab tutup aurat

Janji hensem

Berduit tu yang penting

Sumber: TikTok @rishaazreen kredit to ohmymedia

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *