
Kuala Lumpur: Hubungan penulis (Mohd Jamilul Anbia Md Denin) dengan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bermula seawal tahun 1997 – tiga tahun sebelum penulis menyertai unit berita akhbar Harian Metro.Ketika itu penulis kerap diminta Kak Wati menghasilkan artikel copywriting berkaitan produk kecantikan Nouvelles Visages keluaran syarikatnya, khusus untuk pengisian iklan di majalah tempatan.
Penulis pasti berulang alik ke pejabatnya di Diamond Square, Jalan Gombak, setiap bulan sebelum dia berpindah operasi ke Jalan Raja Bot, Chow Kit.
Pada penulis, dia kakak yang lucu namun cukup serius dan kental dalam berniaga. Malah, ketika isu wang ‘dilarikan’ bekas suaminya pada September 2007, penulis adalah individu pertama dihubungi jam 8 pagi untuk mendapatkan pandangan.
Penulis sekadar menasihati beliau membuat laporan polis sebelum k3s dipanjangkan kepada peguam. Setahun sebelum k3s pembvnuhan k3jamnya menggemparkan negara pada September 2010, dia sempat menghulurkan duit raya pada majlis berbuka puasa diadakan di Dewan Perdana Felda.
Dia cukup pemurah. Berjuta ringgit disumbangkan ke rumah anak yatim di Johor setiap tahun tanpa menagih publisiti. Bukan hanya bersandarkan perniagaan produk kosmetik, Sosilawati turut bijak mengembangkan perniagaan hingga memiliki aset hartanah, bangunan perniagaan serta memiliki syarikat pengedar kereta mewah import.
Pada penulis, anak penoreh getah dari Kampung Sri Medan, Batu Pahat, Johor berkelulusan SPM ini genius berniaga.
Tragedi pembvnuhan mengg3mparkan negara membabitkan beliau berlaku ketika umat Islam menjalani ibadah puasa ketika Ramadan. Penulis menghidu kehilangan Sosilawati apabila anaknya membuat laporan polis.
Sosilawati gagal dihubungi selepas menuju ke Banting, Selangor atas urusan perniagaan pada 30 Ogos 2010. Detik kehilangan awal Sosilawati bersama Kamaruddin Shamsuddin, 44, (pemandu peribadinya), Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, (peguam peribadi) dan juga Noorhisham Mohammad , 38, (pegawai bank CIMB) menjadi paparan muka hadapan eksklusif akhbar ini pada 6 September 2010.
Ketika itu penulis segera ke rumah Sosilawati di Taman Harmoni, Gombak, untuk bertemu rakan karibnya, Datuk Junaidah Kiting (Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia) bagi berkongsi maklumat terkini kes kehilangan itu.
Tersebar desas-desus kononnya Sosilawati membawa wang berjumlah RM4 juta dan hilang ketika dalam perjalanan menemui seorang peguam bagi urusan pembelian tanah bernilai kira-kira RM1.4 juta di Pulau Pinang.
Namun teka-teki kehilangan ikon usahawan itu mula terungkai apabila polis menemui kereta BMW X5 dinaiki Datuk Sosilawati di parkir Pangsapuri Angsana, dekat USJ1, Subang Jaya pada 6 September 2010 sebelum kereta BMW 5 Series milik peguamnya ditemui tidak jauh dari Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.
Puncak episod kehilangannya terjawab apabila seorang bekas peguam, Datuk N Pathmanaban, 43, (svspek utama) dan juga adiknya, Surendran ditah4n polis lima hari kemudian.
Mereka akhirnya membawa polis ke lokasi pusat ternakan ayam, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting, Selangor iaitu tempat Sosilawati dan tiga yang lain dibvnuh k3jam beramai-ramai.
Berdasarkan soal siasat terhadap suspek, m4ngsa dipvkul dengan kayu kriket dan s3njata tumpul sebelum tangan diikat menggunakan dawai. M4ngsa turut ditIk4m dan dis3mb3lih menggunakan s3njata tajam oleh pembvnuh hingga m4ti sebelum dib4kar menjadi abu. Cukup ng3ri untuk dibayangkan s3ks4an dialami semua m4ngsa ini.
Ternyata penjenayah ‘berhati kering’ ini sedaya upaya mahu melupuskan bukti jenayah apabila cebisan dan abu mayat semua m4ngsa dikutip dan dibuang ke Sungai Panchau terletak dua kilometer dari ladang ayam milik suspek bekas peguam itu.
Semua ini dirancang rapi dan dilakukan pada malam 30 Ogos 2010. Masih penulis ingat, ‘gerombolan’ wartawan Harian Metro antaranya Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Ahmad Tajol Ansar, Shanty Nur Shaffizan Shafee dan ramai lagi ‘berkampung’ di Ladang Gadong dan Sungai Panchau selama hampir seminggu.
Ketika itu pasukan penyelam Polis Marin gigih mencari bukti kes di dasar Sungai Panchau. Akhirnya cebisan tisu anggota tubuh dan tulang m4ngsa, gelang emas, jam tangan berjenama, pisau, besi dan pelbagai bukti pembvnuhan lain ditemui.
Situasi ketika itu dianggap mendebarkan apabila petugas polis forensik membuat marking dan menyusun setiap satu bahan bukti, tulang, rambut dan abu m4ngsa di atas jalan berhampiran lokasi kejadian.
Satu persatu mula terungkai apabila sidang akhbar diadakan Pengarah Jabatan Siasatan J3nayah Bukit Aman ketika itu, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan keempat-empat m4ngsa termasuk Datuk Sosilawati dibvnuh dengan k3jam.
Susulan segala bukti dan DNA diperoleh, Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 33, diheret ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membvnuh pada 13 Oktober 2010.
Dua lagi tali barut bekas peguam itu, U Suresh dan K Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskan bahan bukti pembvnuhan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.
Perbicaraan kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam pada 4 Julai 2011. Fakta yang mengejut apabila Pakar Perunding Forensik Dr Nurliza Abdullah dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan penemuan 2,030 spesimen besar tulang atau gigi m4ngsa yang dib4kar pada suhu sekurang-kurangnya 800 darjah Celsius ke atas.
Penantian panjang tempoh perbicaraan berakhir pada 23 Mei 2013 apabila Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hvkum4n gantvng sampai m4ti ke atas keempat-empat tertvdh selepas mendapati mereka bers4lah membvnuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.
Masih penulis ingat kenyataan Hakim Akhtar yang menyifatkan kecekapan polis dan kejayaan menyelesaikan k3s berkenaan dalam tempoh tidak sampai dua tahun sebagai ‘bertaraf dunia.’
Bagaimanapun, pada 16 Mac 2017, panel hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Matan selepas mendapati kekurangan bukti untuk mengaitkan lelaki itu dengan pembvnuhan itu.
Namun sabitan dan hukvman m4ti terhadap bekas peguam dan dua pekerja ladangnya dikekalkan.
Jelas pada penulis, pembvnuhan ini dilakukan atas faktor tamak dan bermotifkan wang. Ia dilakukan ketika Sosilawati pergi ke ladang itu untuk mempercepatkan tarikh penunaian dua cek bernilai RM4 juta yang dikeluarkan Pathmanabhan atas urusan penjualan hartanah.
“Apa yang menimpa kak Wati sedekad lalu, sukar dilupakan penulis setiap kali menghampiri Ramadan mulia. Tiada lagi pemberian ‘bontrot’ (bungkusan kuih raya dalam bahasa Jawa) darinya lagi. Moga rohnya tenang di sana. Al-fatihah.”
Sumber : Mohd Jamilul Anbia Md Denin/HarianMetro
Apa Pendapat Anda? Semoga Arwah dicucuri rahmat oleh NYA…..Al Fatihah
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply