Instafamous Dedah Ada Pihak Bengang Tawaran Reviu Jvdi Online Ditolak Siap Cakap “Kau Tak Pakai Tudung Tu Tak Dosa Pula?”

NAMA remaja ini meledak menerusi TikTok pada tahun lalu sehingga dia memiliki 1.1 juta pengikut di aplikasi itu.

Malah, kisah Nurin Lofa Adriana Kirana, 17, yang menjana pendapatan menerusi reviu di TikTok dan Instagram sehingga mampu membeli kereta mewah pernah mendapat liputan mStar pada Februari lalu.

Terbaharu, dia yang mesra disapa Nurin meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mendekatinya dengan memberi tawaran untuk melakukan reviu dalam bentuk video untuk tujuan promosi permainan jvdi dalam talian.

“Perkara ini berlaku dua minggu lepas. Mereka mesej saya tawaran itu melalui direct message (DM) Instagram. Katanya nak bayar RM3,500 untuk satu video berdurasi seminit dengan tema seksi.

“Dia suruh saya buat reviu jvdi online. Secara baik-baik saya cakap terus terang, saya memang tak terima reviu seperti itu.

“Dia tak boleh terima saya tolak tawaran itu. Dia kata, kau tak pakai tudung tu tak dosa pula?” imbas Nurin ketika dihubungi mStar.

Nurin mendedahkan dia menerima tawaran itu sekitar dua minggu lalu.

Tanpa berfikir panjang, Nurin terus menyekat akaun individu itu kerana enggan perbualan tersebut berlanjutan.

Menurut Nurin, ini bukanlah kali pertama dia menerima tawaran kerja yang bertentangan dengan prinsip dirinya, namun terkilan apabila keputusan dia menolak tawaran tidak diterima pihak berkenaan.

“Selama ini saya pernah dapat tawaran reviu benda sama, Tapi bila saya cakap tak boleh buat, mereka hormati keputusan saya.

“Kita kena fikir, halal ke duit yang kita terima.”

NURIN

“Ada juga yang minta saya reviu bengkung. Saya memang tak ambil tawaran itu sebab tak nak pamer bentuk badan apabila memakainya.

“Kadang-kadang ada yang dah hantar barang dan mereka paksa saya pakai, jadi saya terpaksa refund balik,” ujarnya.

Tambah Nurin, dia juga tak sanggup menerima tawaran kerja sedemikian kerana memikirkan soal keberkatan rezeki.

Nurin memiliki 1.1 juta pengikut di TikTok.

“Kita kena fikir, halal ke duit yang kita terima. Tak sampai hati nak bagi kepada keluarga,” ujarnya.

Bercerita mengenai bulan Ramadan, Nurin mendedahkan dia gemar menjamu hidangan sardin sejak dulu lagi.

Nama Nurin mula meledak di TikTok sekitar tahun lalu.

“Saya dari kecil suka makan sardin. Dulu kami susah, tak mampu beli ayam. Jadi mak saya beli sardin.

“Sampai sekarang saya suka, ia dah jadi kegemaran,” ujarnya berseloroh.

Bersyukur dengan rezeki yang diperoleh sehingga mampu membeli Toyota Velfire pada awal tahun ini, Nurin kini merancang untuk membeli tanah sebelum mendirikan rumah buat keluarganya.

 

Sumber : MStar / IG Nurin

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*