
SUSULAN kem4rahan ramai berhubung video promosi aktiviti perju.dian dalam talian bertemakan sambutan Hari Raya yang tular di media sosial, tiga pelakon dalam video muzik (MV) berkenaan tampil membuka mulut.
Menerusi pertemuan secara eksklusif bersama mStar, ketiga-tiga model dan pelakon sambilan itu mend.akwa pada awalnya diberitahu bahawa khidmat mereka diperlukan bagi menjayakan rakaman MV sempena Hari Raya.
Wakil produksi hubungi dan masukkan kami dalam group WhatsApp bernama ‘Raya MV Shoot March 2021’.
Saya beli baju raya semata-mata untuk penggambaran tu tanpa mengetahui ia bagi mewakili jenama apa.
Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka… malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise,” kata salah seorang pelakon lelaki yang enggan dinamakan kepada mStar.
Saifullah memegang watak utama dalam video muzik berkenaan.
Untuk rekod penggambaran MV jvdi raya yang dibintangi lima individu beragama Islam terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan itu diadakan di Kampung Jawa di Hulu Langat, Selangor.
Penyebarannya secara meluas di media sosial mengundang kec4man ramai hingga mendorong polis membuka kertas si.asatan susulan satu laporan p0lis dibuat di Jabatan Siasatan J3nayah (JSJ) Bukit Aman.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata video berdurasi dua minit satu saat itu jelas mel4nggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.
Selain itu menurut pelakon yang memegang watak pembantu itu lagi, dia dan rakan-rakannya hanya menyedari mereka terlibat dalam sebuah iklan mempromosi jvdi pada hari penggambaran, 13 Mac lalu.
Barisan pelakon dalam video muzik promosi judi.
“Kami desperate, freelance macam kami terj3jas tervk (akibat Covid-19).
“Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat.
“Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit… kami freelancer,” katanya.
“Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang… tidak!”
SAIFULLAH MOHD YUNUS
PELAKON
Bagaimanapun tambah pemuda berusia 26 tahun itu lagi, dia menyesal kerana tidak mempunyai keberanian untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran.
“Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua dipenghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah jvdi.
“Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lirik lagu yang jelas berkaitan perjvdian.
“Saya menyesal sebab tak berani pull out, padahal kami tiada kontrak apa-apa pun. Saya jadi panik, bukan saya je… kawan-kawan pun kena dan saya rasa bers4lah,” katanya.
Pelakon tidak mengetahui mereka digunakan untuk promosi perjudian dalam talian.
Sementara itu pelakon utama MV berkenaan iaitu, Saifullah Mohd Yunus, 24, berkata dia kecewa dengan apa yang berlaku namun terpaksa meneruskan penggambaran kerana mahu bersikap profesional.
“Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang… tidak!
“Memandangkan dah 70 peratus siap, kami hanya teruskan seperti yang dirancang,” katanya.
Tambah Saifullah lagi, dia dan rakan-rakannya sedia memberi kerjasama kepada pihak p0lis dalam isu berkenaan.
Sumber : MSTAR
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply