(TERKINI) – Mak Ayah Terjun Jambatan Pulau Pinang Tinggalkan Anak Bersendirian

SEBERANG PERAI – Seorang wanita bertindak terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 1.0 menghala pusat bandar hari ini.

Melihat Low Yeang Ching, 45, bertindak demikian, suaminya turut terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan wanita tersebut.

Difahamkan kejadian berlaku jam 4.30 petang ketika pasangan itu melalui jambatan tersebut bersama seorang anak lelaki mereka.

BE8B6495-70E3-4FA4-8BFD-CB70007E9438
Anak pasangan berkenaan ditemui orang awam duduk bersendirian di atas Jambatan Pulau Pinang.

Anak lelaki pasangan itu ditemui orang awam di atas jambatan sebelum mereka dimaklumkan ibu bapanya telah terjun ke dalam laut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.40 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kita dapati seorang wanita telah terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang.

F850ECCE-B84A-4A77-84DC-8064329F4EF1
Mangsa diselamatkan suaminya sebelum ketibaan pihak bomba.

“Mangsa diselamatkan suaminya sebelum dibawa ke tiang jambatan nombor 107 sementara menunggu ketibaan pihak bomba.

“Susulan itu, kita turun ke bawah dengan menggunakan kaedah ‘rappelling’ untuk memujuk dan menenangkan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, mangsa yang berjaya dipujuk itu kemudian dibawa naik melalui Pangkalan Polis Marin, Batu Uban.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

E1226912-8039-4478-A1AF-5E4F05555E24
Mangsa yang diselamatkan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya jam 6.18 petang.-

Sumber : MalaysiaGazette

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*