M4yat Di C4mpak Dalam Semak Dan Dib4kar Di Jumpai

KUALA TERENGGANU – Polis menafikan satu rakaman suara menerusi WhatsApp yang tular di laman sosial berhubung tangkapan suspek berkait kes penemuan mayat terbakar di dalam cerun semak di Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga jam 5.30 petang Sabtu.

Terdahulu, tular satu rakaman suara lelaki menerusi aplikasi WhatsApp berdurasi 28 saat memberitahu tiga suspek yang membakar mayat berkenaan sudah ditangkap.

Rakaman suara itu turut memaklumkan bahawa mayat dijumpai itu adalah seorang perempuan cantik berasal dari Dungun tetapi menyewa di Kampung Tok Dir, Marang.

Pesanan suara tersebut juga turut memberitahu kononnya suspek bertindak membakar mangsa kerana marah apabila mangsa melarikan duitnya.

Pada pagi Sabtu, mayat yang masih belum dikenal pasti identiti dan jantina ditemui dalam keadaan meniarap di cerun kedalaman kira-kira tiga meter oleh seorang pekerja kontrak kebersihan pada jam 7.15 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

TERENGGANU, Kampung Bukit Berangan, Kecoh di media social perjumpaan satu m4yat yang di percayai di buang atau dic4mpak di pinggir jalan di dalam semak yang terbakar.

Kejadian dilaporkan sekitar jam 6 pagi hingga 8 pagi.

Mangsa belum diketahui jantinanya dan mungkin wanita 20an.

Kejadian masih dalam siasatan.

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*