
6 Hari yang lepas, viral di media sosial beberapa buah video yang menunjukkan sebuah kereta yang mana pemandunya bertindak gila dengan hampir melanggar seorang lelaki dan motosikalnya berdekatan sebuah kedai makan.
Menerusi video yang dimuat naik Twitter Jabatan Netizen Malaysia, pemandu terbabit juga kelihatan tidak mengendahkan pemilik motosikal terbabit dan terus menyeret motosikal jenis Yamaha Ego itu.
Pemilik motosikal itu pula dilihat sedang sedaya upaya cuba menarik motosikalnya dari bawah kereta tersebut yang ingin bergerak ke hadapan. Nah korang tengoklah, dramatik betul!
Sape tahu nie kes menda? Kat Ganu nie jadi. Bakpe ye nebing ngat nak langgor orang? pic.twitter.com/2H5UBjNbCr
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) April 11, 2021
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) April 11, 2021
Pemandu kereta sudah ditangkap?
Menerusi info netizen, pemandu kereta tersebut akhirnya ditangkap polis atas alasan mahu melindungi suspek daripada diganggu mangsa yang marah atas kejadian yang berlaku.
Malah ada juga video yang menunjukkan beberapa orang lelaki yang didakwa mangsa kejadian datang ke rumah suspek dalam keadaan marah. Uish!
Sambungan ke-3. pic.twitter.com/JeZcg3Q8Iy
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) April 11, 2021
Sambungan ke – 4
Sudah ditahan polis. Demi melindungi suspek dripd kene bahang pa mapuh oleh anok branok mangse. Kembali ke studio.
Via h_zwnyusoff pic.twitter.com/EQpGl2DFRa
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) April 11, 2021
Punca kejadian disebabkan insiden himpit menghimpit – Netizen
Meskipun tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut, tweet berkenaan menjelaskan bahawa kejadian itu berpunca daripada pemandu kereta yang dikatakan telah menghimpit penunggang motosikal Ego tersebut.
Geram dengan tindakan pemandu terbabit yang membahayakan dirinya dan anak yang membonceng motosikal tersebut, mangsa kemudian telah menengking suspek. Menambahkan kemarahan mangsa, suspek kemudian membalas, ‘Kejarlah kalau berani’.
Penunggang motosikal kemudian meletakkan anaknya dulu di sebuah kedai dan kembali mengejar pemandu tersebut. Kejadian kemudian berakhir seperti yang korang tengok di video di atas.
Sehingga setakat ini masih tidak diketahui di mana dan bila kejadian tersebut berlaku. Video yang viral di Twitter ini telah mendapat hampir 3,000 retweet dengan rata-rata netizen terkejut serta keliru dengan apa yang berlaku di antara kedua-dua pemandu kenderaan tersebut.
Uish takut betul tengok cara pemandu tu bawak kereta. Marah betul tu…
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply