Jaga-Jaga! Ada 2 lagi MV Iklan jvdi Raya Versi Pendek Tunggu Masa Jer Unt Dilancarkan

MASYARAKAT diminta berhati-hati dengan kemungkinan penyebaran dua lagi video muzik (MV) bertemakan sambutan Aidilfitri bagi mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa dua video berkenaan hanya menunggu masa untuk disebarkan di media sosial.

“Kita baru menerima maklumat ada dua lagi video… tapi video ketiga dan keempat ini tidaklah seperti video pertama dan kedua.

“Ia lebih pendek dan juga hanya melibatkan nyanyian lagu raya serta ajak orang untuk terlibat dalam aktiviti perjudian, ” katanya dalam satu temubual bersama mStar di pejabatnya pada Isnin.

Sejak Khamis minggu lalu orang ramai dikejutkan dengan penyebaran dua MV raya promosi judi yang menggunakan khidmat pelakon sambilan dalam kalangan umat Islam.

Antara video iklan raya mempromosikan judi yang sedang disiasat.

Susulan itu seramai 18 individu termasuk pelakon bagi kedua-dua MV, ejen pencarian bakat, penyanyi serta kru produksi ditahan setakat ini bagi membantu siasatan.

Tambah Mohamad Zainal, pada petang Isnin pihaknya membebaskan enam individu yang direman sejak Sabtu dan Ahad termasuk dua pelakon bagi MV kedua.

“Apa yang kita dapat daripada siasatan awal, orang yang kita tahan mendedahkan beberapa nama dan insyaAllah kita akan kesan mereka sampai dapat.

Mohamad Zainal memberi keterangan berhubung isu iklan video raya yang mempromosikan perjudian atas talian.

“Kita harap dalam tempoh terdekat akan ada lagi tangkapan, kita sedang berusaha dan tak akan biarkan perkara ini terus berlaku dalam negara, kita kena bertindak segera, ” katanya.

“Jangan martabat dan agama ini dijatuhkan oleh orang Islam sendiri. Kita harap tak ada lagi anak muda berlakon semata-mata nak cari duit seperti ini.”

ACP MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH

Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Selain itu Mohamad Zainal turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian.

“Saya juga ingin nasihatkan khususnya anak-anak muda apatah lagi yang beragama Islam supaya jangan terlibat dalam mempromosikan aktiviti judi.

“Tambahan lagi dalam bulan Ramadan, kita minta fikir banyak kali. Jangan hanya fikir profesionalisme tapi fikir juga akidah, agama kita.

“Jangan martabat dan agama ini dijatuhkan oleh orang Islam sendiri. Kita harap tak ada lagi anak muda berlakon semata-mata nak cari duit seperti ini, ” katanya.

Artikel Terdahulu Iklan JVdi Aidilfitri “Ashraf Muslim B3ngang”

VIDEO iklan raya mempromosikan aktiviti perjVd.ian yang tular sejak Khamis bukan sahaja mengundang kem4rahan segelintir netizen tetapi juga selebriti tempatan, Ashraf Muslim.

B3rang dengan kandungan video tersebut, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, menganggap pihak yang terlibat dalam pembikinan iklan itu bi4.dab kerana tidak menghormati bulan ramadan.

Malah pelakon berusia 40 tahun ini juga mempertikaikan tindakan barisan pelakon dalam video tersebut yang menyanyikan lagu Hari Raya Aidilfitri sebagai muzik latar iklan tersebut.

Ashraf turut memuat naik semula video tersebut.

“Kurang 4jar! Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat d0sa. Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah.

“Tapi video yang korang tengok ni telah mer0sakkan bulan yang suci ini. Kurang ajar la siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni fasal apa? JVdi laa!

“Jvdi itu h4ram! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat 0nar macam ni! Aku tak tahulah, yang berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu,” tulisnya di Instagram.

Kemunculan sebuah iklan yang mempromosikan aktiviti perjvdian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen gara-gara menyinggung s3nsitiviti umat Islam.

“Kalaulah korang ni Islam, menjawablah dengan Allah.”

ASHRAF MUSLIM

PELAKON

Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat jVdi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mencari dana untuk berhari raya.

Difahamkan, video iklan tersebut dimuat naik hampir seminggu lalu di YouTube.

Namun hasil carian di laman berkenaan mendapati iklan tersebut sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube.

Dalam pada itu, Ashraf turut menjelaskan tujuan dia berkongsi video tersebut kerana ingin memberi kesedaran kepada masyarakat sekali gus menyelar pihak syarikat tersebut yang berani mempromosikan iklan seperti itu.

Salah satu babak dalam video tersebut.

“Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. lepas itu berani pula nak promosi macam ini. Kalaulah korang ni Islam, menjawablah dengan Allah.

“Aku post video ni bukan untuk korang main jvdi atau nak promosi perniagaan mereka tapi nak beritahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin merosakkan Islam secara halus.

“Dan media sosial adalah tempat yang mudah untuk mereka sampaikan. Video ni adalah j4hat sama sekali dan ini adalah salah!” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama siri Dia Menantu Rahsia ini juga memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap semua orang yang terlibat dalam video tersebut termasuk klien, produksi, pelakon dan kru.

 

Klip video lagu raya ajak orang ramai main jVdi, pelakon Melayu juga bersvbahat! Tak hirau s3nsitiviti umat Islam

 

KEMUNCULAN sebuah iklan yang mempromosikan aktiviti perjVdian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang k3caman netizen gara-gara menyinggung s3nsitiviti umat Islam.

Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat jVdi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu turut dik3cam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam.

Iklan tersebut mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mencari dana untuk berhari raya.

Difahamkan, video iklan tersebut dimuat naik hampir seminggu lalu di YouTube.

Namun hasil carian di laman berkenaan mendapati iklan tersebut sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube.

Bagaimanapun di laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan selamba syarikat berkenaan yang langsung tidak mengambil kira s3nsitiviti umat Islam.

Tangkapan skrin salah satu babak dalam iklan tersebut.

“Sukar nak percaya macam mana syarikat buat iklan raya. Atau memang ramai Muslim yang main (jVdi)?

“Korang tak kaya main benda ni, yang kaya cuma tauke perangai macam ni. Korang terduduk termenung g4duh dengan suami isteri duit tak cukup sebab kalah jVdi.

“Pelakon yang ambil job pun satu hal,” demikian antara komen netizen.

Apakah pihak berkuasa tidak peka dengan iklan seumpama ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, sekali gus promosi itu menghin4 agama Islam.

Sesungguhnya hal-hal berkaitan keagamaan adalah aspek yang begitu s3nsitif dan perlu mendapat perhatian semua pihak bagi tidak menyinggung mana-mana pihak.

 

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*