Ingat Lagi Kisah Siti Rohayu Dengan Suaminya Yang Hilang Ingatan Akibat Kemlangan…Ini Yang Terjadi Sekarang

Siti Rohayu adalah isteri kepada Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, lelaki yang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya pada 2017. Bermacam2 cerita dan dugaan yang dihadapinya ketika itu tetapi sekarang dengan caption terbaru beliau ini menunjukkan Tuhan Itu Maha Berkuasa.

“Macam tak percaya Allah bagi peluang kedua. Doktor jangka dulu pun dapat hidup enam bulan je, tapi kuasa Allah SWT,”

Siti Rohayu Ibrahim.

Sebelum ini, pengorbanan wanita berusia 31 tahun itu sering menjadi perhatian netizen kerana keperitan dan ketabahan menjaga suaminya selain dua anak mereka yang kecil.

Kini, selepas lima tahun, tiada apa mampu diungkapkan selain luahan syukur dengan keajaiban dikurniakan Allah SWT apabila melihat suaminya yang berusia 30 tahun itu mula beransur sihat seperti biasa.

Menerusi platform TikTok, Siti Rohayu berkongsi beberapa video mengenai kesihatan suaminya yang dilihat mula menunjukkan perkembangan positif sejak akhir tahun lalu.

Koleksi video lain memaparkan Muhamad Ridhwan sudah boleh bertutur secara perlahan-lahan dengan bergurau senda bersama isterinya selepas beberapa tahun terlantar ‘membisu’ tanpa kata.

Tidak pernah jemu mengembalikan ingatan suaminya, pengorbanan Siti Rohayu meraih pujian ramai yang disifatkan satu dalam sejuta kerana tidak berputus asa dalam menjaga pasangan hingga ke akhir hayat.

Malah, rata-rata turut tumpang gembira melihat daya ingatan Muhamad Ridhwan kembali pulih serta keadaan fizikal yang sihat sekali gus bersyukur dengan kebesaran Allah SWT.

Sumber: TikTok @sitirohayu303

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*