Ibu Muda Tiba-Tiba Kritikal Ketika Warung Bihun Sup Baru Nak Maju, Ini Kejadian Yang Dilaluinya Sebelum Itu

KISAH pilunya pernah menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh aktivis masyarakat, Natipah Abu dalam satu posting di Facebook lebih sebulan yang lalu.

Perkongsian tersebut mengisahkan betapa kehidupan ibu muda bernama Khodijah bersama empat anaknya yang masih kecil terkapai-kapai selepas bekas suaminya terlibat dengan peny4.lahgu.naan d4.dah.

Tidak bertindak sebagai ketua keluarga yang melindungi anak dan isteri, sebaliknya lelaki tersebut juga sering melampiaskan am4.rahnya tanpa mengira waktu.

Tubuh ibu muda berusia 32 tahun ini dan anak-anaknya penuh dengan k3san birat dek sikap b4.ran lelaki tersebut.

“Ditanya bagaimana dan mengapa dirinya masih terus bert4han sedangkan dia sudah bertahun did3.ra suami, maka jawapannya ‘saya tak kerja, anak saya semuanya kecil lagi. Kalau saya berc3rai, anak saya nak makan apa. Mak saya pun orang susah, ayah saya pun dah tak ada’.

“Selain terpaksa menadah tubuh sebagai habvan dipv.kul, mereka anak beranak kadang-kadang terpaksa mengikat perut. Namun Khodijah tetap ingin mempert4hankan rumah tangganya.

Kes ibu muda ini mendapat perhatian pihak Natipah untuk diberikan bantuan dan sumbangan agar bangkit semula membina kehidupan baharu.

“Sehinggalah enam bulan yang lalu, dia tidak dapat menyembunyikan lagi keadaannya dari kaum keluarga setelah berbirat seluruh tubuh dan l3bam seluruh wajah dib3.lasah suami,” cerita Natipah.

Tidak tahan dengan keadaan tersebut, Khodijah akhirnya nekad membuat laporan p0lis dan sejak bekas suaminya dib3rkas, mereka tidak lagi berhubung sehingga kini.

Menurut Natipah, k3s Khodijah mendapat perhatian pihaknya lantas sumbangan orang ramai disalurkan kepada ibu muda tersebut untuk membina kehidupan baharu di samping anak-anaknya.

“Berkat sedekah Jumaat, kita telah menyediakan sebuah warung di hadapan rumah ibu Khodijah yang mana kedudukannya betul-betul di simpang jalan, laluan utama keluar masuk kampung yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.

Warung bihun sup yang diusahakan Khodijah ini adalah sumbangan pihak Natipah hasil bantuan orang ramai menerusi Sedekah Jumaat.

“Warung yang menjual makanan ringan dan bihun sup ini mendapat sambutan yang amat memuaskan. Kita menyediakan semua kelengkapan berniaga.

“Juga membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Khodijah dan menyumbang sejumlah wang tunai untuk meringankan segala penanggungannya,” kata Natipah yang sudah 11 tahun berkecimpung dalam lapangan aktiviti kebajikan dan misi kemanusiaan.

Namun takdir Tuhan tiada siapa menduga, perkhabaran yang diterima pada Isnin memaklumkan Khodijah berada dalam keadaan kri.tikal selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba, begitu mengejutkan Natipah.

“Terasa dunia seakan terhenti berputar dan berderai hati ahli keluarga bila pemeriksaan doktor mendapati berlaku pendarahan yang kritikal di dalam kepalanya.”

NATIPAH ABU

AKTIVIS MASYARAKAT

“Dia dan anak-anak baru saja menarik nafas lega setelah dibantu oleh kita semua baru-baru ini. Dan dia memulakan hidup baru dengan bahagianya tetapi hari ini kita menerima khabar yang sungguh mendu.kacitakan.

“Khodijah tiba-tiba tidak sedarkan diri di rumah ibunya pagi tadi (Isnin) dan dikejarkan ke hospital. Terasa dunia seakan terhenti berputar dan berderai hati ahli keluarga bila pemeriksaan doktor mendapati berlaku penda.rahan yang kri.tikal di dalam kepalanya,” cerita Natipah.

Menurutnya, perkembangan terbaharu yang diterima daripada ahli keluarga Khodijah memaklumkan pasukan perubatan berjaya melakukan pemb3dahan untuk menyelamatkan nyawanya.

Natipah (depan) aktif dalam lapangan kebajikan dan misi kemanusiaan sejak 11 tahun lalu.

“Namun Khodijah masih tak sedarkan diri… keluarganya pun sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada doktor.

“Ya Allah, kasihan anak-anak yang masih kecil. Mereka sudah tiada kasih ayah, kini ibu pula sakit.

“Marilah kita sama-sama doakan agar Allah permudahkan segala urusan Khodijah dan sembuhkan dia seperti sediakala hendaknya,” katanya lagi.

Natipah turut berkongsi keadaan terbaharu Khodijah di laman Facebooknya yang mana sehingga kini meraih lebih 100 shares.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen melahirkan rasa simpati malah turut mendoakan ibu muda tersebut diberikan kesembuhan.

Sumber : MStar/FB Naipah Abu

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*