
Aktor kacukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann mengakui kekasihnya Janna Nick ada bercerita mengenai cubaan aktres tersebut untuk membv.nuh diri di usia remaja.
Malah menurut laporan Harian Metro, aktor berusia 27 tahun itu juga sering melihat Janna berada dalam keadaan tert3kan sebelum disahkan menghIdap gangguan bip0lar.
“Dia memang pernah cakap ada cuba nak bv.nuh diri. Ia berlaku sebelum kami bercinta. Dia cerita sebab mahu berkongsi apa yang pernah berlaku dulu.
“Saya juga selalu nampak dia dalam keadaan tert3kan. Cuma, baru-baru ini apabila dia berasa lain, dia pergi berjumpa pakar psikiatri bagi mendapatkan pandangan mengenai apa yang dialami,”
Dini Azan Schatzmann
Dini berkata sebagai teman lelaki, dia akan terus memberikan sokongan moral selain mengakui sukar bagi dirinya yang sihat untuk memahami situasi dilalui aktres drama Marry Me Senorita itu.
“Selain memberikan kata-kata semangat, saya layan dia seperti biasa. Tapi, kena sentiasa ingatkan dia jangan terlalu fikirkan sangat perkara kecil,” ujarnya.
Tambah Dini, ada kala teman wanitanya itu memerlukan masa untuk diri sendiri sekali gus berehat daripada menggunakan media sosial.
“Sekarang dia sudah kembali, sebab itu sebahagian daripada kerja dia. Dia boleh uruskan lagi, cuma dari semasa ke semasa kena sentiasa ingatkan juga,” kongsinya.
Terdahulu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mengesahkan dirinya mempunyai gangguan bip0lar menerusi sebuah posting di laman Instagram serta sedang mengambil ubat anti kemvrungan.
Sumber: MStar via Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply