
Terengganu FC (TFC) memadamkan rekod tanpa kalah 21 perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menang tipis 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri malam ini.
Pemain muda, Mohamad Hakimi Abdullah muncul wira skuad Penyu itu apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-57.
Kemenangan tersebut melonjak kedudukan TFC ke tangga kedua liga selepas mengumpul 21 mata dan hanya ketinggalan dua mata dengan JDT yang masih unggul di tangga teratas liga.
Aksi tuan rumah malam ini dilihat tidak menjadi selepas kehilangan dua tonggak utama, S Kunanlan dan Mauricio Nascimento pada babak pertama.
Pengendali JDT, Benjamin Mora terpaksa melakukan rombakan dengan meletakkan Matthew Davies dan Syamer Kutty Abba bagi mengimbangi corak permainan TFC yang gemar melakukan serangan kilat pantas.
Lebih menarik, skuad kendalian Nafuzi Zain beraksi konsisten dan yakin dalam perlawanan itu walaupun menurun beberapa pemain muda tidak dikenali ramai.
Harimau Selatan terus mengasak bertalu-talu namun buntu menjaringkan gol walaupun Mora memasukkan Safawi Rasid, Ramadhan Saifullah Usman dan Nazmi Faiz Mansor dalam usaha memburu gol penyamaan.
Namun keputusan 1-0 memihak TFC kekal sehingga tamat perlawanan.
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah melakukan kejutan apabila melawat bilik persalinan pasukan Terengganu FC (TFC) selepas tamat perlawanan Liga Super Malaysia antara pasukannya dengan pelawat malam tadi.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh Harimau Selatan di bawah, Tunku Ismail yang Tunku Mahkota Johor mencemar dulu bersalaman dengan semua pemain serta mengucapkan tahniah atas kemenangan pasukan TFC.
Kali terakhir JDT tewas di tempat sendiri dalam aksi Liga Super adalah pada Julai 2019 kepada PJ City.
Walaupun tewas, JDT masih kekal di puncak liga dengan 23 mata sementara TFC pula mengekori rapat di tangga kedua dengan perbezaan hanya dua mata sahaja.
Video:
Perlawanan semalam sememangnya menjadi tumpuan penyokong bola sepak tempatan apabila merekodkan lebih 300,000 orang menonton hanya di platform Youtube unifi sahaja!
Jumlah tontonan kurang dari 12 jam perlawanan telah 1,631,348 tontonan
Sumber : Malaysia Gazette
Apa Pendapat Anda? Tahnia Terengganu Min Ucapkan diatas kejayaan membenam JDT.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply