Neelofa Anggap Satu Pengajaran Dan Redha Dik0mpaun

SUSULAN majlis perkahwinan didapati bersalah langgar prosedur operasi standard (SOP) dan dikenakan k0mpaun sebanyak RM60,000, pelakon dan pengacara popular, Neelofa Mohd Noor menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Menurut Neelofa, 32, dia menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dan akan lebih menitikberatkan mengenai soal kepentingan menjaga SOP selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Selepas Genap Sebulan Ini Jumlah K0mpaun Yang Dikenakan Ke Atas Neelofa, PU Riz Dan Keluarga

“Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang k0mpaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan k0mpaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa.

“Ia juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” katanya.

Neelofa mengulas mengenai k0mpaun yang dikenakan terhadapnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon maaf sekiranya kes melibatkan dirinya itu telah menganggu kelancaran kerja-kerja harian orang ramai disebabkan penguatkuasaan ketat pihak berkuasa.

“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian.

“Ia juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.”

NEELOFA

PELAKON, PENGACARA

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya,” katanya.

Terdahulu, pasangan selebriti ini dan keluarga akhirnya dikenakan k0mpaun berjumlah RM60,000 kerana didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Isu itu timbul selepas beberapa foto menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tular di media sosial.

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di hotel di ibu negara, 27 Mac lalu.

Sehari selepas itu mereka terbang ke Langkawi dengan alasan menghadiri pembukaan beberapa cawangan francais minuman di zon utara.

Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai Polis Sri Hartamas menyatakan mereka dibenarkan berada di lokasi berkenaan bermula 27 Mac hingga 4 April.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*