Ketua Polis Negara Buat Pendedahan Terbaru “You mau tukar ke?”

Kuala Lumpur: “Tidak dinafikan wujud anasir ‘m4fia’ (penje.nayah) yang begitu berkuasa hingga mampu mencampuri urusan dalaman (pentadbiran) dan penjawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” dedah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada Harian Metro.

Beliau berkata, perkara itu bukan lagi rahsia mengejutkan sejak beliau menyertai PDRM empat dekad lalu berikutan anasir ja.hat terbabit kerap berusaha ‘membeli’ dan ‘menguasai’ tampuk PDRM.

“Dulu pernah berlaku individu yang mengu.gut dengan kata-kata ‘You mau tukar ke? 24 jam saya boleh bagi you tukar (dipindahkan ke jabatan atau ibu pejabat polis lain ) tau?’

“Cerita ini memang ada (wujud). Tanyalah pada beribu pesara polis di luar sana berkaitan perkara ini.

“Tanya dengan ikhlas…jangan cakap berlapik-lapik (isu campur tangan orang luar). Berlaku atau tidak perkara ini,” katanya.

Abdul Hamid berkata, bukan perkara aneh apabila seorang pegawai polis boleh ditukar atas arahan ma.fia di luar sana.

“Pada suatu ketika, nasib seorang pegawai (polis) sama ada kekal jawatan disandang, naik pangkat atau dapat jawatan empuk-empuk ditentukan orang luar.

“Benarkah berlaku? Tanyalah pesara polis (isu campur tangan ini). Tak elok sangat perkara ini kepada PDRM dan saya harap generasi pelapis polis seterusnya tidak berkompromi dalam isu ini,” katanya dalam sesi temu bual eksklusif bersama wartawan.

Menurutnya, tidak sepatutnya berlaku campur tangan luar dalam tugas pegawai polis yang menjalankan siasatan kes.

“Bukan bermakna PDRM letak barrier ( halangan ) namun tidak sepatutnya berlaku campur tangan untuk mengubah dasar dan hala tuju PDRM.

“Memang memeningkan dan ia tidak sepatutnya berlaku (tekanan dari luar). Polis perlu profesional dan ambil tindakan seadil-adilnya,” katanya.

Beliau memaklumkan sudah berusaha mengambil pendekatan membersihkan PDRM dari sudut integriti supaya polis tidak dijadikan alat untuk memenuhi agenda pihak tertentu.

“Walaupun saya sudah bersara nanti…saya akan perhatikan sama ada perkara ini berlaku atau tidak. Selagi saya masih jadi Ketua Polis Negara…saya akan kata no (tidak),” katanya.

Menurutnya, suasana negara tidak akan aman sekiranya sistem keadilan tidak dilaksana dengan telus.

Ditanya berhubung ada kalangan penje.nayah menjual namanya ketika dita.han anggota polis, beliau memberitahu sudah memaklumkan anggotanya supaya tidak gentar ambil tindakan.

“Memang ada orang (penje.nayah) dabik dada dakwa kenal saya atau pegang IGP (Ketua Polis Negara )

“Saya dah maklumkan kepada anggota (polis)…dari balai kecil hingga anggota polis di Bukit Aman supaya jangan takut situasi begini (ugu.tan penje.nayah).

“Balik ke balai polis dan buat laporan. Itu ugu.tan dan jangan gentar pada individu mendakwa kenal IGP. Jika kawan saya…mustahil individu terbabit gunakan nama saya untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, Hamid Bador mendedahkan maklumat anggota dan pegawai PDRM didakwa mewujudkan kartel bagi menguasai jawatan penting selain menjatuhkan pegawai atasan.

Menurutnya, individu PDRM terbabit dida.kwa ada elemen dan hubungan akrab dengan tauke da.dah dan ju.di.

Abdul Hamid memberi ama.ran supaya hubungan antara polis dan penje.nayah terbabit diputuskan sebelum Suruhanjaya Pence.gahan Ras.uah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan.

Susulan pende.dahannya, polis Johor mena.han 10 pegawai kanan polis dipercayai menjadi tali ba.rut kumpulan jen.ayah terancang Geng Nicky.

Semua sus.pek dita.han dalam fasa dua Op Pelican 3.0 dilancarkan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan bermula 21 April hingga pagi Selasa.

Dua suspek bertugas di Bukit Aman yang dita.han membabitkan seorang superintendan bertugas di Jabatan Siasatan Jena.yah dan seorang inspektor bertugas di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Empat pegawai dari kontinjen Selangor turut dita.han membabitkan seorang pegawai berpangkat deputi superintendan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jena.yah Nark.otik, seorang pegawai cawangan khas berpangkat asisten superintendan dan dua inspektor yang bertugas di Jabatan Siasatan Jen.ayah dan ketua polis balai.

Tang.kapan di kontinjen Melaka pula membabitkan seorang pegawai berpangkat deputi superintendan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jena.yah.

Sementara dua pegawai berpangkat asisten superintendan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jena.yah Komersial dan Jabatan Siasatan Jen.ayah dari kontinjen Kuala Lumpur dan seorang Inspektor yang bertugas di Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan turut dita.han dalam operasi berkenaan.

Difahamkan sejak Hamid Bador dilantik Ketua Polis Negara pada 2019, hampir 100 anggota polis sudah dibe,rkas SPRM atas jena.yah.

 

Artikel Berkaitan : Campur tangan politik dalam PDRM tindakan biadab


KUANTAN – Parti Amanah Pahang menyifatkan campur tangan politik dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah satu tindakan biadab.

Pengerusinya, Zulkifli Mohamed berkata, tindakan itu mencemarkan imej negara dengan sikap para pemimpin dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ia juga merosakkan institusi kepolisan yang merupakan tonggak keselamatan oleh pemimpin kerajaan hari ini.

“Amanah Pahang terkejut dengan pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang campur tangan tidak wajar (undue influence) seorang menteri kabinet PN dalam perkhidmatan polis di bawah pimpinannya hari ini.

“Pendedahan itu sudah cukup membuktikan bahawa kerajaan hari ini sudah hilang maruah dan tidak layak lagi memimpin negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman audio berdurasi 1 minit 22 saat dikatakan mirip suara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang antara lain menyentuh berkenaan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam PDRM.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Audio itu bukan mirip, saya mengaku itu saya’ – Hamzah

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zulkifli berkata, tindakan menafikan ada melakukan kesalahan jelas menunjukkan Hamzah seorang angkuh.

Katanya, malah tindakan itu juga biadab dan menganggap kuasa yang milikinya boleh mengganggu perkhidmatan polis yang sepatutnya bebas.

“Pendedahan sedemikian membuktikan bahawa kerajaan hari ini telah membuatkan negara sangat korup, berada dalam keadaan tenat dan sangat tidak bermaruah sehingga menimbulkan kebencian rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli berkata, pihaknya mendesak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat salah laku pemimpin kerajaan, rasuah, membeli ahli politik, penggunaan jentera kerajaan seperti jet untuk kegunaan peribadi.

Beliau juga memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah bagi mengarahkan pembukaan sidang Parlimen bagi membolehkan isu-isu rakyat diangkat.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta segera menyiasat dan memulakan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat dalam pendedahan oleh Abdul Hamid.

“Paling utama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan serta merta kerana gagal,” katanya yang meminta semua pihak membuat laporan polis bagi menyiasat salah-laku menteri dan kerajaan PN-BN.

Sumber :HMetro / SinarHarian

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*