Bapa bimbang, Ada Cubaan Bawa Keluar Anaknya Dari Sekolah Guna Cara Licik Dan Ini Pendedahan Dari Guru Tapi Anak Dia Memang Cantek

HATI-hati ibu bapa dan guru semua!

Pastikan anak atau pelajar anda tidak terus percaya bulat-bulat sekiranya menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali.

Begitulah kisah benar yang didedahkan oleh seorang guru menerusi satu perkongsian di laman Facebook beliau sehingga menjadi tular.

Menurut guru berkenaan, Mohd Fadli Salleh, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas bertemu seorang bapa yang datang ke kedainya bersama dua anak untuk membeli fon kepala dan membaiki skrin telefon.

Mesej yang diterima oleh seorang guru.

“Bila lihat aku ada, dia datang lepak dan borak. Aku memang kenal mereka ni. Anak-anak mereka aku yang ajar sejak 10 tahun lepas.

“Kami boleh dikatakan agak rapat juga. Si ayah datang bercerita, dia sekarang risau dengan keselamatan anak perempuannya. Anak perempuannya ini memang cantik orangnya,” tulis Mohd Fadli.

Bercerita lanjut kepada Mohd Fadli, bapa berkenaan memberitahu telah dihubungi oleh guru kelas anaknya pada minggu lepas mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai abang saudara dan mahu menjemput anaknya di sekolah atas urusan keluarga.

“Terkejut si ayah bila dengar hal itu. Dia tak pernah suruh sesiapa pergi ambil anaknya dan dia tiada urusan keluarga perlu diselesaikan. Terus bergegas ke sekolah untuk ambil anak kerana risau,” katanya.

Mesej yang diterima oleh bapa pelajar berkenaan.

Individu yang cuba menyamar sebagai abang saudara kepada anak perempuan berusia 16 tahun itu bagaimanapun tidak serik, dan menyamar pula sebagai guru kelas anaknya.

“Selang beberapa hari, penjahat ini masih tidak berputus asa. Dia hubungi si ayah pula menyamar menjadi cikgu kelas.

“Setelah diperiksa, nombor yang sama WhatsApp guru kelas menyamar menjadi abang saudara, dan nombor yang sama menyamar menjadi guru kelas”

MOHD FADLI SALLEH

“Dia beritahu anaknya perlu hadir ke sekolah untuk siapkan projek yang diberi guru. Siap maklumkan semua kawan-kawan anaknya dah berada di sekolah menunggu anaknya saja.

“Projek pula harus dihantar esok. Fuh, berdebar baca WhatsApp tu,” ujar Mohd Fadli.

Laporan polis yang dibuat oleh bapa pelajar terbabit.

Namun kata guru itu, mujur bapa kepada pelajar Tingkatan Empat itu bersikap rasional dan tidak melatah dengan membuat tindakan bijak.

“Dia hubungi guru kelas dan bertanya hal itu, ternyata ia rekaan penjahat sahaja. Setelah diperiksa, nombor yang sama WhatsApp guru kelas menyamar menjadi abang saudara, dan nombor yang sama menyamar menjadi guru kelas,” kata Mohd Fadli yang turut memuat naik tangkap layar dua mesej berasingan yang dihantar kepada bapa pelajar Tingkatan Empat itu.

Menurut Mohd Fadli, bapa berkenaan telah membuat satu laporan polis, dan menerusi tangkap layar laporan tersebut turut dimaklumkan bahawa emel milik bapa itu turut digodam.

“Semoga pihak polis dapat menangkap segera penjahat ini. Hati-hati semua. Bulan puasa pun ada penyamar dan penjahat ingin melakukan perkara yang tak baik pada anak-anak kita.

“Semoga anak-anak kita sentiasa dibawah lindunganNya. Amin,” ujarnya.

Sumber : MStar / FB

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*