
NASI sudah menjadi bubur.
Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami seorang wanita gara-gara sikap terbvru-bvrunya membuat pinjaman ah l0ng.
Bukan sahaja dibvru kerana berhutang, malah lebih menyedihkan rumah tangganya juga runtuh.
Kisah wanita berkenaan diceritakan seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu menerusi satu perkongsian di Facebook agar menjadi pengajaran bersama.
Artikel Berkaitan : Ibu Muda Tiba-Tiba Kritikal Ketika Warung Bihun Sup Baru Nak Maju, Ini Kejadian Yang Dilaluinya Sebelum Itu
“Sejak dua, tiga hari yang lalu, Kak Pah telah dihubungi seorang wanita yang ditimpa kesusahan… menangis merayu bantuan. Kak Pah minta wakil kita turun jalankan sedikit siasatan dan mengesahkan dia memang hidup di dalam tekanan dan ket4kutan sebelum Kak Pah sendiri bercakap dengannya.
“Segala masalahnya berpunca dari hut.ang ah l0ng. Mula terj.ebak ah l0ng gara-gara ingin lari dari hutang dengan mamak Pakistan yang menjual perabot bila dia membeli sebuah kabinet dapur secara hutang tanpa pengetahuan suaminya.
Wanita tersebut bertindak terbvru-bvru apabila terus mendapatkan pinjaman daripada ah l0ng.
“Sakit hati dike.jar hu.tang mamak Pakistan, dia meminjam ah l0ng hanya dengan cara mengambil nombor telefon ah l0ng yang ditampal pada tiang elektrik di tepi jalan,” cerita Natipah.
Menerusi apa yang diceritakan wanita itu sendiri, wang yang dipinjamnya daripada ah l0ng itu bukan sahaja digunakan untuk membayar hutang kabinet, sebaliknya digunakan untuk menampung perbelanjaan harian kerana wang yang diberi suami tidak mencukupi.
“Suaminya seorang penjawat awam. Ini perkahwinan keduanya dan dia janda beranak empat. Hutang mamak Pakistan selesai, dia kini dike.jar ah l0ng pula dan sehari dia perlu membayar RM37.
“Sebagai suri rumah yang tidak bekerja, jumlah itu sangatlah besar baginya. Tidak sikit pun si suami bersimpati dengan masalah si isteri walhal jumlah hut.ang itu tidaklah sebanyak mana pun. Tidak sampai RM2,000. Kata si suami ‘pandai buat, pandailah tanggung’, cerita Natipah.
Wanita itu kini tertekan kerana menjadi bvru4n ah l0ng, malah tekanannya makin berganda selepas ditinggalkan suami.
Menurut Natipah lagi, lebih merunsingkan wanita itu, suaminya kini sudah lama tidak pulang ke rumah mereka.
“Sudah beberapa bulan anak-anak kandas sekolah. Sewa rumah pun sudah tiga bulan tertunggak. Makanan di rumah juga sudah kehabisan. ‘Suami tak kata pun dia tak mau saya dah. Dia kata nanti dia hantar surat mahkamah’,” ceritanya.
Menurut Natipah, wanita berkenaan kini terlalu tert3kan kerana masalah rumah tangga dan menjadi bvru.an ah l0ng yang mengugut mahu mengambil barangan di rumahnya sebagai cagaran hutang.
“Dalam saat begini, saudara mara juga menjauhkan diri. Dan untuk membawa dia memulakan hidup baru, banyak langkah yang harus disusun.”
NATIPAH ABU
AKTIVIS MASYARAKAT
“Yang pasti, kasihan sekali kepada anak-anak yang masih kecil. Tidak hanya menjadi kor.ban runtuhnya rumah tangga ibu dan ayah pada awalnya, kini mereka turut mengalami teka.nan emosi berhadapan dengan ah l0ng.
“Dalam saat begini, saudara mara juga menjauhkan diri. Dan untuk membawa dia memulakan hidup baru, banyak langkah yang harus disusun. Bukanlah sesuatu mudah,” cerita Natipah lagi.
Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan.
Natipah (depan) sudah 11 tahun berada dalam lapangan kebajikan dan misi kemanusiaan.
“Saya cadang kita buat kutipan sikit tolong kakak ni, kasihan dah nak sambut lebaran. Para suri berfikiran jauh jika kita punya anak-anak… kerana hutang kabinet dapur maka akibatnya sangat perit dan terkesan.
“Dia dah buat keputusan salah. Dia dah dapat pengajaran. Usahlah kita menge.cam dia seolah-olah satu hari nanti kita takkan buat keputusan salah dalam hidup.
“Semoga kes ni menjadi iktibar buat semua. Setiap orang biasa buat silap dan kesila.pan ini pengajaran bermakna dalam hidup supaya tak berulang,” demikian antara komen netizen.
Sumber : MStar / FB Natipah
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply