Artis Viral

Isteri Lan Solo Sempat Bawa Anak2 Colour Rambut, Sebelum PKP Berlangsung.. “colour yang lelaki win”

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh isteri penyanyi terkenal, Lan Solo, sheilarazlan, dia diihat telah memuat naik video anak-anaknya dengan gaya rambut baru berwarna perang.

Warna rambut anak-anaknya telah menjadi perhatian warganet kerana menyedari bahawa mereka masih dibangku sekolah.

Menurut isteri Lan, nasib mereka baik kerana dapat ke salon rambut sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan mereka.

Walaupun sedar ada yang mengecam tindakan mewarnakan rambut anak-anak, Sheilarazlan langsung tidak ambil peduli kerana yang membayar perkhidmatan di salon adalah suaminya.

Warnakan rambut sebelum PKP permintaan anak2

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Lan di Instagramnya, dia memaklumkan tindakan mewarnakan rambut anak-anak merupakan permintaan mereka sendiri.

Penyanyi rock itu juga menjawab dengan santai apabila menyatakan ‘kesilapannya’ membuka kedai berhampiran salon sehingga membuatkan anak-anak teruja ke sana.

Bawa anak2 jalan2 sebab jarang keluar rumah

Di kesempatan itu, isterinya juga sempat memuat naik aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak sebelum PKP bermula. Masing-masing memanjakan diri dengan melakukan rawatan kuku dan ke salon bersama-sama.

Walau bagaimanapun banyak kritikan dari netizen diterima mereka terutamanya dengan mempersoalan mengapa mewarnakan rambut anak-anak sedangkan mereka masih bersekolah.

Sedar akan perkongsiannya membawa kepada kecaman netizen, isteri Lan telah memberitahu aktiviti yang dilakukan itu bertujuan untuk menggembirakan anak-anak yang jarang keluar rumah sejak pandemik mulai menunjukkan peningkatan.

Untuk rekod, Sheila dan Lan telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata Nur Amna Qaleesya,9, Nur Amna Qeesyara,6, Muhammad Akid Qassyaff,5, dan Nur Amna Quxandra berusia 3 tahun.

Sumber: Lan Solo, Sheilarazlan

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *