
Bagi anak kecil yang belum pandai untuk menjamah makanan sendiri, biasanya ibu bapalah yang akan menyuapkan mereka makan. Dalam masa sama, kadangkala mereka akan mengambil nasi dan lauk lebih untuk sama-sama menjamu selera sambil-sambil menonton televisyen di ruang tamu. Pun begitu apabila sampainya bulan puasa, mungkin ada di antara anda semua yang menghadapi situasi lucu seperti lelaki di bawah ini.
Bangun tidur tolong suap anak makan…Eh tersuap masuk mulut sendiri pula
sila klik link untuk video : TIK TOK tanpa music
Menjengah kepada rakaman TikTok hasil perkongsian Encik Azlee, dia ketika itu dikatakan agak mamai kerana baru bangun daripada tidur namun dilihat menyuap makanan berupa sepinggan nasi kepada anak lelakinya. Namun dengan tidak sengaja, suapan penuh nikmat itu telah ‘melencong’ masuk pula ke dalam mulutnya sendiri.
sila klik link untuk video : TIK TOK dengan music
Patutlah usya belakang…Dia dah kawtim dengan Mama dia
Apabila menyedari kelibat si isteri yang sedang merakam perkara itu persis kamera CCTV, dia seakan-akan tersedar daripada lamunan blur lalu segera mengeluarkan makanan tadi hingga jatuh semula ke dalam pinggan.
1st puasa tersuap mulut sendiri…Laki teriak “sapa sahur dengan aku pagi tadi”
Video pendek itu terus dibanjiri ratusan komen yang mengakui terhibur selain berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan. Bagi netizen khususnya yang sudah memiliki anak, mereka sempat berkongsikan pengalaman sama tatkala tersuap makanan masuk mulut sendiri dek kerana sudah terbiasa dengan rutin itu pada bulan-bulan sebelum ini.
Sumber : TikTok
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply