Artis Viral

Tajul Dedah Abangnya Khalis Kena S4ntav Sejak Jadi Artis “Badan Dia Kena Lock, Tak Boleh Makan Dan Minum”

PENYANYI Tajul Ariff berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan abangnya iaitu Khalis yang kini mend3rita penyakit misteri atau terkena ilmu hitam.

Menurut Tajul, dia dan keluarga sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mengubati penyakit itu namun sehingga sekarang masih tidak membuahkan hasil.

“Alhamdulillah, keadaannya dah semakin okay dari sebelum ini.

“Sebelum ni dia terbaring, tak boleh bercakap, sekarang ni dah boleh la nak bagi dia minum air sikit dan ajak berborak.

“Kalau orang tengok daripada gambar pun dah boleh tahu sakit apa, cuma ada yang ta percaya atau menidakkan benda macam ni.

“Memang betul dia kena santau, dari mula-mula jadi artis lagi, ” ujarnya kepada mStar.

Sebelum ini vokalis Spin, Khalis dimasukkan ke di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) di Seremban, Negeri Sembilan, selepas keadaan kesihatannya merosot.

Dalam pada itu, Tajul menyifatkan abangnya seorang yang baik dan tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak.

Katanya, Khalis mula jatuh sakit sejak awal menjadi artis beberapa tahun lalu.

“Kami ada bawa dia pergi rawatan Islam, memang on the spot terus okay, boleh bangun dan berjalan macam dulu.

“Tapi dua hari selepas itu sakit dia tu datang balik, ” ujarnya.

Untuk rekod, Khalis memulakan kerjaya nyanyian bersama kumpulan Real Spin pada tahun 2016 bersama dua lagi anggota asal kumpulan Spin iaitu Azren dan Aidel.

Namanya mula dikenali pada April 2018 selepas video nyanyiannya ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan tular di media sosial.

Tahniah Tajul Dapat Anak Kedua, Kepala Terkehel Ditarik Isteri Masa Bersalin

PENYANYI Tajul Ariff memaklumkan isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada petang Khamis.

Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Alhamdulillah, berkat doa korang semua… tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin, isteri saya selamat bersalin dengan normal.

“Baby boy, sepasang dah dapat! Walaupun kepala aku terkehel tadi sebab bini aku tarik semasa contraction dia sangat kuat. Nasib baik masih selamat,” katanya.

Perkongsian Tajul di Instagram.

Penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Tajul memberitahu dia akan mendedahkan nama anaknya itu tidak lama lagi.

Dalam hantaran yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana memberi layanan yang baik sepanjang proses bersalin itu.

Tajul bersama isteri dan anak sulung mereka.

“Nama baby nanti Tajul akan umumkan. Terima kasih banyak kerana perkhidmatan terbaik diberi kepada kami dan doktor, jururawat dan staf banyak membantu.

“Terima kasih semua yang mendoakan… sayang korang!” katanya.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *