
Kenaikan mendadak jumlah jangkitan COVID-19 dan kematian saban hari di Malaysia adalah sangat membimbangkan. Malah baru-baru ini, tular satu rakaman audio mengenai sebuah keluarga yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga berpunca akibat pandemik tersebut.
Viral audio suami menangis dapat berita pemergian isteri…Merayu-rayu nak datang tengok
Rakaman yang viral berkenaan membuatkan ramai sedih apabila mendengar suara tangisan si suami tatkala mendapat berita tentang pemergian isterinya Airda. Bukan itu sahaja, malah lelaki tersebut yang bernama Shah Riza juga sempat merayu untuk melihat jasad wanita berkenaan buat kali terakhir.
Sempat kongsi kisah sama berbual dengan suami Allahyarhamah…Perlu terangkan proses urus jasad
Terbaru, seorang pegawai forensik yang bertugas di HSA, Johor Bahru turut berkongsi pengalamannya ketika prosedur menguruskan jasad Allahyarhamah Airda. Sebaik saja selesai urusan doktor, Fadzly dikehendaki menerangkan proses tersebut kepada si suami.
Allahyarhamah Airda Muslimah binti Mahmood salah seorang pesakit positive Covid-19 yang telah meninggal dunia pada 6 Mei 2021 di HSA. Selepas perbualan dengan doctor, saya wakil dari forensik yang menerangkan flow selanjutnya untuk pengebumian arwah. Reaksi yang sama semasa menghubungi suami arwah,time ni berlinang jgk air mata sbb dgr suara sorg suami dan anak2 menangis teresak2,serius sentap!!?? suami arwah & anaknya tak dapat hadir ke hospital untuk buat pengecaman kali yang terakhir ekoran masih dalam kuarantin. Arwah meninggalkan 3orang anak yang masih kecil lagi ?? Jenazah telah dituntut & diwakilkan kakak arwah & abang iparnya. Semoga kita semua dijauhkan dari wabak ini & diberikan kesihatan yang baik. #kitajagakita #takkenadekatkeluargasendiribolehlagelak #covid19
Posted by Fadzly Arif on Sunday, May 9, 2021
“Perbualan bertukar sebak lepas dengar tangisan ayah dan anak…Tak dapat hadir sebab kuarantin”
Akan tetapi, perbualan tersebut sekali lagi bertukar sebak apabila dia turut mengalirkan air mata mendengar tangisan lelaki berkenaan bersama anak-anaknya. Paling menyayat hati, 3 beranak tersebut tidak dibenarkan hadir melawat Allahyarhamah Airda buat kali terakhir gara-gara masih lagi dalam tempoh kuarantin di rumah.
Sumber: Facebook Fadzly Arif
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply