(Video) Ahli Parlimen India Minum Air K3ncing Lembu Setiap Hari UntukElak Dijangkiti Covid-19

Angka kes positif Covid-19 di India semakin meningkat sehingga menyebabkan bekalan oksigen dan ubat-ubatan semakin terbatas. Keadaan ini memaksa sebahagian rakyatnya kembali semula menggunakan rawatan tradisional untuk melawan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu.

Seperti yang dilakukan oleh salah seorang Ahli Parlimen India, Surendra Singh, yang mengamalkan minuman air k3ncing lembu yang dipercayainya dapati dijadikan sebagai ubat untuk mencegah Covid-19.

Terdahulu, Surendra memuat naik videonya meneguk segelas air k3ncing lembu di media sosial sambil mendakwa minuman itu mujarab untuk mendapatkan kesihatan yang sempurna. Katanya, dua hingga tiga sukatan air k3ncing lembu diperlukan dan dicampur bersama dengan segelas air sebelum diminum.

Seseorang itu perlu memastikan perutnya kosong terlebih dahulu. Setelah mengambil minuman itu, perut perlu dibiarkan begitu sahaja tanpa mengambil sebarang makanan atau minuman agar air kencing lembu itu dapat memberikan kesan yang diharapkan.

Surendra juga menyarankan orang ramai membeli air k3ncing lembu Patanjali sekiranya mereka sukar untuk mendapatkan bekalan air k3ncing lembu sendiri. Difahamkan, air k3ncing haiwan itu boleh didapati dalam bentuk produk atau kapsul.

https://youtu.be/1iqs3KxcFHg

Ahli Parlimen itu dengan yakinnya mendakwa, amalan minum air k3ncing lembu mampu membu.nuh racvn dalam tubuh dan juga merupakan rawatan perubatan yang efektif untuk pelbagai jenis penyakit seperti obesiti, kanser sehingga ke penyakit ginjal dan hati. Air k3ncing lembu juga selalu disebut sebagai ubat untuk penyakit diabetis terutamanya air k3ncing dari lembu bunting.

Selain itu, Surendra turut menyarankan amalan pemakanan kunyit panggang untuk gaya hidup yang sihat.

Sumber: Daily Star

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*