[Video] Kecewa Suami Tak suka Anak Tiri, Hanya Memberi Layanan kepada Anak Kandung Sahaja

Seorang Wanita ini Kecewa Suami Tak suka Anak Tiri, Hanya Memberi Layanan kepada Anak Kandung

Jika sudah berniat untuk berkahwin dengan ibu tunggal, si lelaki perlu memikul tanggungjawab baru termasuk ikhlas menerima dan menjaga anak-anak tiri yang hadir dalam kehidupannya.

Berbeza dengan nasib seorang wanita di Indonesia ini @mastaammybilqis yang memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu, namun suami barunya seolah-olah tidak gemar memberikan kasih sayang terhadap kanak-kanak tersebut.

Menurut wanita itu, suaminya lebih memberikan perhatian kepada cahaya mata mereka yang baru dilahirkan berbanding melayan si anak tiri yang berusia dua tahun berkenaan.

“Cintai dulu anaknya, baru kau cintai ibunya…”

Menerusi perkongsian sebuah video TikTok, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu sedang bermain dan melayan kerenah bersama si adik, siap beri ciuman di dahi lagi!

Tapi secara tiba-tiba bapa tirinya meninggikan suara, lalu membuatkan kanak-kanak tersebut terus terdiam umpama ‘patung’ dan tidak lagi menyentuh adiknya.

Kecik2 dah kena marah…

Untuk melihat video sila klik link ini : https://www.tiktok.com/

Di penghujung video, @mastaammybilqis turut menyatakan mengenai perpisahan apabila memilih untuk bersama zuriat tercinta berbanding kekal bersama suami yang tidak boleh menerima anaknya.

“Saya bukan wanita bodoh, lebih memilih berpisah daripada suami. Kalau dia tak boleh menerima anak saya, jangan pernah mengenal saya,” tulisnya.

Sumber: TikTok @mastaammybilqis

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*