Israel Dihujani Hujan Roket & China Penj4rakan 630 imam

TEL AVIV – Pejuang Hamas melancarkan beratus-ratus roket ke arah Israel selepas ser4ngan udara Rejim Zionis membu.nuh seorang komander kanan dan meranapkan sebuah bangunan tinggi di Gaza.

Beberapa laporan menyatakan, sebilangan lokasi di selatan Israel dibe.dil, menyebabkan seorang kanak-kanak terbu.nuh di Sderot, selatan Israel.

Pertem.puran yang semakin sengit dan bermula pada Isnin lalu itu mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi ama.ran pe.rang skala penuh akan berlaku.

Sekurang-kurangnya 65 orang di Gaza termasuk 14 kanak-kanak dan tujuh orang di Israel terbu.nuh sejak dari itu.

Sementara itu, kegan.asan meletus di bandar yang didiami penduduk berketurunan Arab dan Yahudi di bandar Lod.

Kanak-kanak keta.kutan dan penduduk tempatan lari untuk menyelamatkan diri.

Kegan.asan seterusnya di kawasan berpenduduk Arab dan Yahudi di Israel membawa kepada penangkapan lebih 374 orang petang semalam, kata polis Israel manakala 36 anggota polis ced.era.

Media Israel melaporkan bahawa individu berketurunan Arab dan orang Yahudi dise.rang dalam rusuhan itu di bandar dan kota raya Israel.

Mereka termasuk seorang lelaki Yahudi yang ced.era dise.rang perusuh Arab di bandar Acre dan lelaki Arab yang dibela.sah pelampau Yahudi di Batu Yam.

Bercakap pada sidang akhbar lewat semalam, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, beliau akan menghantar pasukan tentera untuk mengembalikan ketenteraman di bandar-bandar yang terjejas akibat kegan.asan.

“Tiada justifikasi untuk peru.suh Arab menye.rang orang Yahudi,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan akhbar Times of Israel.

Peju.ang Palestin membedil roket ke Israel sejak malam Isnin lalu manakala Rejim Zionis bertindak balas dengan menye.rang berbilang sasaran di Genting Gaza.

Beratus-ratus serangan udara dan roket telah dilancarkan.

Kementerian Kesihatan Hamas di Gaza berkata, lebih 360 orang ced.era sejak konflik tersebut bermula di samping 65 orang yang meninggal dunia. -Agensi

China Pula Penjarakan 630 Imam

BEIJING, CHINA – Sekurang-kurangnya 630 imam dan tokoh agama Islam sama ada ditangkap atau dipenjarakan oleh pemerintah China sejak tahun 2014 dalam tindakan tidak berperikemanusiaannya di wilayah Xinjiang, lapor Badan Penyiaran British (BBC) hari ini.

Kajian terbaharu mengenainya oleh Projek Hak Asasi Kemanusiaan Uighur (UHRP) itu turut mendapati seramai 18 ulama telah meninggal dunia ketika dalam tahanan.

Ulama-ulama yang ditahan itu disabitkan dengan kesalahan seperti ‘propaganda keganasan’, ‘mengumpulkan orang ramai untuk mengganggu kestabilan sosial’ dan ‘mewujudkan pengasingan’.

Bagaimanapun , menurut ahli keluarga mereka yang ditahan, ‘jenayah’ sebenar di sebalik semua kesalahan yang disabitkan itu adalah kerana menyampaikan ceramah agama, mengimamkan solat jemaah atau sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai imam.

Secara keseluruhan, UHRP telah menjejaki nasib sejumlah 1,046 imam dengan kebanyakan daripadanya adalah daripada etnik Uighur dengan menggunakan dokumen, testimoni keluarga dan laporan media daripada pangkalan data awam serta peribadi.

Meskipun kesemua 1,046 imam dilaporkan ditahan, dalam kebanyakan kes, agak sukar untuk mendapatkan bukti susulan kawalan ketat yang dikenakan kerajaan China terhadap maklumat di wilayah itu.

Antara 630 kes, sekurang-kurangnya 304 daripada imam-iman telah dipenjarakan atas kengganan mereka menyertai jaringan kem ‘pendidikan semula’ yang diwujudkan kerajaan China untuk etnik Uighur.

Hukuman yang dikenakan menggambarkan tindakan keras pemerintah China dengan 96 peratus daripada tahanan dikenakan hukuman sekurang-kurangnya lima tahun penjara, 26 peratus dikenakan hukuman 20 tahun dan lebih termasuk 14 orang dipenjara seumur hidup.

China bagaimanapun menafikan semua dakwaan tersebut, dan mengatakan bahawa tujuan program ‘pendidikan semula’ diadakan adalah untuk mengatasi ekstremisme dalam kalangan etnik Uighur dan minoriti Islam yang lain. – Agensi

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*