Israel Enggan Bincang Gencatan Senjata Dan Terus S3rang Gaza Walaupun Mendapat K3c4man Dunia

Gaza: Delegasi Mesir yang mengadakan pertemuan dengan pegawai Israel untuk membincangkan mengenai gen.catan sen.jata menemui jalan buntu apabila tidak mencapai persetujuan Israel.

Sumber keselamatan Mesir memaklumkan agensi berita DPA, Israel menolak semua usaha perbincangan untuk memulakan gen.catan sen.jata, termasuk untuk sementara waktu.

Menurut sumber berkenaan, Israel mahu memusnahkan keupayaan tent.era Hamas serta menyasarkan beberapa pegawai kanan Hamas yang dikehendaki Israel sebelum memulakan perbincangan untuk genc.atan sen.jata.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan, sera.ngan udara dari Israel telah memus.nahkan lebih 200 unit kediaman di Tebing Gaza, manakala 24 sekolah berdepan kerosakan.

Menurut unit Perhubungan Koordinasi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (OCHA), keadaan itu menyebabkan gangguan terhadap akses kepada air, kebersihan, penjagaan kesihatan dan maklum balas Covid-19.

Difahamkan, Loji Nyahgaram Air Laut Gaza Utara masih belum beroperasi sepenuhnya menyebabkan kira-kira 250,000 penduduk tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih.

Malah, 230,000 penduduk dari Gaza dan Khan Younis mendapat akses terhad terhadap air paip kerana bekalan tenaga dipotong selain kero.sakan pada rangkaian bekalan.

31 lagi kanak-kanak terbu.nuh dalam ser4ngan Israel

Gaza: Sekurang-kurangnya 119 penduduk Palestin terbu.nuh, termasuk 31 kanak-kanak dan 830 yang lain ced.era dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak Isnin lalu.

Ratusan keluarga terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan mendapatkan perlindungan di sekolah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza bagi melarikan diri daripada tem.bakan pel.uru ten.tera Israel.

Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa gen.catan sen.jata dilakukan bagi mengawal huru-hara yang berlaku antara Palestin dan Israel.

Macron melalui ciapan di Twitter meminta agar dialog diadakan bagi membincangkan sebarang perkara yang membawa kepada pertelin.gkahan berkenaan.

“Saya menggesa kedua-dua pihak untuk tenang dan berdamai,” katanya.

Ciapan yang dilakukan itu turut diterjemah dalam Bahasa Arab dan Hebrew.

Al Jazeera melaporkan, awal pagi ini Hamas melancarkan roket ke Israel dan mengenai bandar Ashkelon.

Israel menda.kwa tenteranya memus.nahkan terowong bawah tanah di Gaza dalam operasi yang membabitkan 160 pesawat.

Ia dikatakan menjadi rangkaian bawah tanah Hamas untuk merancang sera.ngan ke atas Israel.

Sumber : mymetro

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*