Artis Viral

Ebit Lew Selfie Bersama Puteri Sulung, Tiba2 Ramai Bahasakan Dirinya ‘Ayah’ “nak try jadi menantu la tu”

NAMA Ustaz Ebit Lew sememangnya cukup popular dalam kalangan rakyat negara kita.

Namun, jarang sekali pendakwah terkenal itu berkongsi perihal keluarganya menerusi media sosial.

Baru-baru ini, swafoto Ebit bersama anak sulungnya, Safiyyah Lew, 12 yang dimuat naik ke Twitter ternyata mencuri perhatian ramai.

“Selalu pergi mana-mana orang ajak selfie. Ni Safiyyah Lew ajak selfie,” ujar bapa kepada empat cahaya mata itu menerusi posting yang meraih 3,100 ulang kicau (Retweet).

Dalam posting khusus sempena Aidilfitri itu, Ebit turut memohon doa anaknya dalam segala misi yang dilakukan.

Ebit turut menggelarkan isterinya sebagai bidadari menerusi posting itu.

“Selamat Hari Raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan? Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah.

“Doakan ya anakku. Ayah buat semua ni cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah,” ujar Ebit.

“Wahai anakku, betapa ayah sangat menyayangimu.”

USTAZ EBIT LEW

Dalam posting sama, Ebit turut berterima kasih kepada isterinya yang melahirkan anak-anak mereka.

Lebih manis, Ebit akan tetap menamakan isterinya sebagai ‘bidadari’ dalam postingnya.

“Terima kasih pada Allah. Dari kecil sampai sekarang dia dengar doa ayah. Anak sulung ayah.Tak berhenti buat baik pada kita. Yang beri semuanya. Tiada kita punya. Semuanya milik Allah.

“Terima kasih bidadariku melahirkan dan jaga anak-anak ni semua. I love you bidadariku.

Netizen mendoakan agar segala usaha murni Ebit dalam membantu masyarakat dipermudahkan.

“Wahai anakku, betapa ayah sangat menyayangimu. Jadilah anak yang menjaga solat dan menjaga agama.

“Sayangi dan memuliakan umi yang melahirkan dan menyayangimu. Teruskan kerja memberi manfaat untuk ummah sehingga hari kita bertemu dengannya,” tulis bapa kepada empat cahaya mata itu.

Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen ucapan Selamat Hari Raya buat pendakwah itu.

Malah, netizen turut mendoakan kesejahteraan keluarga Ebit dan memohon agar urusannya dalam membantu masyarakat dipermudahkan.

Selain itu, ada netizen turut berjenaka, membahasakan Ebit dengan gelaran ‘ayah’ menerusi ruangan komen di Twitter.

“Amboi korang ni pun, automatik terus jadi ayah ya.

“Assalamualaikum ayah. Moga-moga sihat selalu dan sentiasa diberi kekuatan menghadapi segala ujian dari-Nya,” tulis netizen.

Sumber : MStat /Ebitliew twitter

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *