Artis Viral

Ali Puteh Puas Hati Bicara K3s Sam4n Nor Hidayah, Dapat Rasa Ada Sinar Untuk Keluarga “Allah dengar doa mak buat mu arwah Abam… tenang di sana abang.”

EPISOD saman menyaman membabitkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali masih berterusan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, dia yakin akan ada sinar untuknya di sebalik konflik yang berlaku sejak kematian abangnya, Abam Bocey.

Alhamdulillah tamat perbicaraan kes saman terhadap saya… tunggu keputusan sahaja nanti! Allah Maha Kaya dan Maha Agung, setahun lebih menunggu dan bersabar dengan ujian ini.

“Semoga ada sinar buat keluarga kami… terima kasih semua mendoakan. Cuma berpesan jangan kita menyebar fitnah lagi kerana fitnah itu dosanya sangat besar, berbohong juga dosa sangat besar.

Ali bersama peguamnya, Azmir Zakaria (kiri) semasa prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.

“Syukur padamu Ya Allah, tersenyum gembira harini. Allah dengar doa mak buat mu arwah Abam… tenang di sana abang,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu menurut peguam yang mewakili Ali iaitu Noorazmir Zakaria, mahkamah menetapkan 18 Jun depan untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis.

“Semalam kes berlangsung di mahkamah dan merupakan hari terakhir untuk saksi kes Hidayah saman Ali dan kes kedua Ali serta keluarga menyaman Hidayah memberi keterangan.

“Buat masa ini masih belum ada keputusan… mahkamah telah menetapkan 18 Jun depan untuk memfailkan hujahan bertulis bagi kedua-dua kes,” katanya kepada mStar.

“Allah dengar doa mak buat mu arwah Abam… tenang di sana abang.”

ALI PUTEH

PELAWAK

Proseding pada Selasa itu berlangsung di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Sebelum ini kes berkenaan sudah didengar di hadapan hakim menerusi prosedur yang diadakan secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Ali memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah pada Ogos tahun lalu.

Pada 27 Ogos tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, mengeluarkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Keputusan menyaman itu adalah sebagai tindakan balas terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *