Tik Tok Viral

Gadis Pelik Rider Hantar Mesej ‘Sinis’ Selepas Pesan McD, Patutlah Garang Semacam… rupa-rupanya….

PADA zaman ini, urusan pembelian makanan ataupun barangan menjadi lebih mudah apabila kita hanya perlu membuat pesanan secara dalam talian (online).

Tanpa perlu keluar rumah, makanan dan barangan yang dipesan akan tiba di depan pintu.

Begitu juga kisah gadis ini yang membuat pesanan menerusi aplikasi syarikat penghantaran makanan Foodpanda kerana begitu teringin menikmati burger dari restoran kegemarannya.

Namun apa yang melucukan, tanpa disangka rider yang ditugaskan untuk menghantar pesanan makanan tersebut adalah bapanya sendiri!

“Niat nak beli McD untuk last berbuka, last-last baba sendiri yang hantar,” demikian tulisnya pada video tersebut yang sehingga kini meraih lebih 494,000 tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Aniez Elizza berkata insiden lucu itu berlaku pada hari terakhir umat Islam berpuasa, minggu lalu.

“Masa mula-mula nak order, ibu saya kata cuba cari ID baba (bapa) sebab baba bekerja sebagai rider Foodpanda. Tapi sebenarnya tak boleh pun request macam tu. Jadi saya order macam biasa saja.

“Tidak lama selepas order, tiba-tiba dapat mesej dekat aplikasi Foodpanda. Rider tu tulis ‘banyak duit?’. Saya terkejut juga, kenapa rider ni nak marah pula.

“Saya abaikan saja mesej tu sebab kita tak kenal pun orang tu. Tapi tiba-tiba bila rider sampai, baru tahu rupa-rupanya baba sendiri. Dia siap cakap siapa yang order banyak-banyak ni? Patutlah macam kenal alamat,” ceritanya sambil ketawa kecil.

Bapa kepada Aniez Elizza bekerja sebagai rider sejak setahun lalu.

Menurut gadis berusia 19 tahun ini, insiden tersebut sempat dirakam secara kebetulan.

Katanya, dia sekadar memuat naik video tersebut dan tidak menyangka meraih tontonan dalam jumlah yang tinggi.

“Baba tahu dia dah viral… siap cakap habislah semua orang dekat Seri Kembangan ni kenal dia,” katanya yang merupakan pelajar jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Bercerita mengenai bapanya, Mohd Nizam yang berusia 39 tahun, gadis yang senang disapa sebagai Aniez ini berkata bapanya sudah bekerja sebagai rider sejak setahun lalu.

Baba memang bukan jenis duduk saja… bila tak boleh berniaga dulu, terus dia fikir alternatif lain.

ANIEZ ELIZZA

ANAK SULUNG

“Sebelum ini baba hanya penjaja makanan… jual air, burger dan makanan goreng-goreng di tepi jalan. Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, perniagaannya terjejas.

“Sebab itu baba jadi rider. Selama setahun jadi rider, saya tengok baba happy sangat. Setiap kali balik kerja, ada saja benda yang dia nak cerita pada kami.

“Kita tahu kerja rider ni banyak risikonya… saya selalu berpesan supaya berhati-hati tambah-tambah kalau musim hujan. Pernah juga baba balik basah lencun. Sedih dan terharu tengok baba struggle cari rezeki untuk keluarga,” ujar anak sulung daripada dua adik beradik ini.

Aniez Elizza bangga dengan bapanya yang bekerja keras mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Aniez berkata dia begitu bangga dengan bapanya sungguhpun lelaki itu hanya mencari rezeki sebagai seorang rider.

“Baba memang bukan jenis duduk saja… bila tak boleh berniaga dulu, terus dia fikir alternatif lain. Memang bangga sangat dengan baba sebab susah payah bekerja cari rezeki.

“Bagi mereka yang masih ada bapa, hargailah mereka kerana besar jasanya kepada kita. Saya sendiri rasa tak mampu nak balas apa yang baba dah buat untuk kami sekeluarga. Cuma bila dah bekerja nanti, teringin nak hadiahkan baba motosikal dan telefon bimbit baru,” ujarnya lagi.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *