
SEKELIP mata! Itulah yang digambarkan oleh seorang mangsa insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung berhampiran stesen KLCC, Isnin malam.
Berkongsi detik cemas itu, Eizzuan Haiqal Roshaizam Helmy berkata, dia baru saja menaiki tren di stesen KLCC selepas selesai bekerja.
Sewaktu kejadian, pemuda berusia 20 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dekat Alam Megah di Shah Alam, Selangor, sambil menambah tren berkenaan berhenti kira-kira lima dan 10 minit sebelum bergerak semula seperti biasa.
“Bila tren baru bergerak, saya nak tengok movie menerusi telefon bimbit. Tapi movie baru nak bermula, tiba-tiba bunyi dentuman yang sangat kuat macam bunyi mercun meletup.
“Sekelip mata saya dah tercampak ke depan, jatuh ke lantai. Dengan penumpang yang duduk di sebelah saya pun tak nampak, tak tahu terpelanting ke mana… selepas dah reda baru nampak dia cedera di bahagian muka dan telinga,” katanya kepada mStar.
Seorang mangsa menerima rawatan. foto ihsan Kwong Wah Jit Poh
Eizzuan yang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat dekat KLCC berkata, dia menyaksikan ramai penumpang tercampak dan terpelanting dalam gerabak.
“Ramai yang terpelanting semasa tren brek mengejut begitu kuat. Saya nampak beberapa penumpang lain cedera dan berdarah.
“Semuanya berlaku hanya beberapa saat. Saya tak sangka tren yang saya naik itu terlibat dalam kemalangan,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam.
Dia yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun bersyukur kerana hanya mengalami cedera ringan.
“Saya terseliuh di bahagian bahu dan kepala terhentak sikit. Tapi tak ada pendarahan. Mujur saya berpakaian tebal, Alhamdulillah.
“Tapi saya bersimpati dengan sebahagian penumpang yang cedera terutama mereka yang parah dan mengalami pendarahan akibat tercampak dan terpelanting. Impaknya sangat kuat,” katanya.
Keadaan mangsa yang cedera.
Sementara itu, seorang ibu kepada salah seorang mangsa turut berkongsi luahannya di laman sosial selepas menyedari anak perempuannya di dalam foto mengenai kejadian yang tular.
“Aduhai bergegar jantung berdebar rasa berjurai air mata dengar tren (yang dinaiki) anak berlanggar tadi.
“Anak perempuan saya memakai baju coklat di dalam gambar terakhir. Syukur ada gambar, jadi kami tahu dia dalam keadaan baik. Tapi dia trauma dan tidak stabil,” tulis seorang pengguna Twitter, ZzifFizz.
Dalam kejadian pada Isnin malam, sebuah tren yang rosak dan sedang dipandu uji bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa seramai 213 penumpang.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang cedera, manakala 166 penumpang cedera ringan.
“Kejadian berlaku antara antara dua stesen Kampung Baru dan stesen KLCC di laluan yang sama.
“Tren yang dari Gombak dipandu secara automatik mengandungi 213 penumpang manakala tren dari Kampung Baru adalah tren kosong yang mempunyai pemandu,” katanya pada sidang media, Isnin malam.
Mohamad Zainal berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan kejadian disifatkan sebagai kemalangan.
“Kita mendapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi. Ini adalah kemalangan dan kita masih menyiasat sekiranya ia merupakan kecuaian kerana melibatkan kecederaan awam, termasuk ramai yang cedera parah,” katanya.
Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang cedera. foto Twitter
Beliau berkata, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan beberapa hospital lain.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang turut meninjau situasi di stesen LRT terlibat memaklumkan Pasukan Tindakan Khas akan ditubuhkan dan siasatan akan dijalankan dalam tempoh dua minggu.
“Esok (Selasa) saya akan meneliti laporan awal kemalangan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini mengenainya.
“Bagaimanapun, keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan semua penumpang yang cedera mendapat rawatan supaya dapat segera sembuh,” katanya pada sidang media di Stesen LRT Avenue K di ibu negara.
Beliau juga memaklumkan tren yang rosak dipandu uji dengan kadar kelajuan 20km/j manakala tren dengan penumpang pula bergerak pada tahap 40km/j, sekali gus menjadikan impak ketika pelanggaran adalah 60km/j.
Peguam ini jawab persoalan awam, boleh ke penumpang yang terc3d3ra sam4n pemilik LRT?
1) Boleh ke penumpang yang terc3d3ra s4man pemilik LRT?
Ya, boleh sangat.
2) Apa yang boleh diorang sam4n?
– Ganti rugi yuran perubatan
– Ganti rugi kesakitan
– Ganti rugi kec3der4an emosi
– Ganti rugi kerugian sekiranya tidak dapat bekerja disebabkan kemalangan ini
… Dan lain-lain.
3) Berapa boleh dapat?
Susah nak cakap. Kalau nak letak harga, rasanya dalam RM5k-RM50k kot. Tapi mungkin kurang, dan mungkin lebih. Semua bergantung kepada tahap serius kec3der4an dan nilai kehilangan.
4) Masing-masing kena pasang peguam ke?
Ya. Carilah peguam yang expert bab-bab s4man sivil macam ni. Ada beberapa peguam yang mahir bab-bab ni, ada yang tidak. Pilih lah yang trusted.
Malah, kalau diorang guna satu peguam terus pun boleh. Sam4n secara kolektif. Yuran guamannya nanti pandai-pandailah deal.
5) Bila boleh sam4n?
Esok pun boleh. Tapi elok sam4n lepas dapat laporan perubatan. Bagi elok dulu lvka-lvka tu, baru fikir pasal hal sam4n meny4man ni.
6) Kalau dah ada insurans, boleh lagi ke sam4n?
Insurans tu insurans lah. Sam4n, sam4n lah. Dua perkara berbeza. Kita boleh dapat dua-dua.
7) Kalau ada yang mavt, nak sam44 macam mana?
Rasanya takda siapa terk0rban dalam kes ni. Tapi kalaulah ada, ahli keluarga lah akan sam4nkan.
8) Kenapa nak salahkan pemilik LRT? Ini kan kemal4ngan. Semua orang tak jangka ini boleh berlaku.
Sebab benda tak jangka lah, kita nak sam4n orang yang perlu bertanggungjawab. Kalau sebut kemal4ngan, semua orang tak jangka. Jadi, kita perlu timbulkan soalan:
i- Betul ke benda ni tak jangka?
ii- Dan kalau betul ia k3s yang tak dijangka, siapa perlu ambil langkah penc3gahan?
iii- Orang yang perlu ambil langkah penc3gahan tu, betul ke dia ambil langkah penc3gahan?
Kalau syarikat dah ambil langkah penc3gahan sepenuhnya, tetapi insid3n masih berlaku, kemungkinan mereka boleh terlepas.
Tapi kalau terbukti yang syarikat tak ambil langkah penc3gahan sepenuhnya, maka, mereka bers4lah.
9) Kalau penumpang yang tak ced3ra fizikal, tapi dia trauma. Boleh saman tak?
Boleh. Tapi ganti ruginya mungkin taklah sebanyak yang ced3ra fizikal.
10) Sampai bila m4ngsa boleh sam4n?
Tempoh m4ngsa kemal4ngan boleh sam4n adalah 6 tahun lepas kemal4ngan. Lepas 6 tahun, sam4n susah nak dilayan.
Kita doakan agar kesemua penumpang dalam keadaan selamat, sejahtera, tidak alami kesusahan dan dipermudahkan urusan.
Moga kesemua dapat keadilan sewajarnya.
Sumber : MStar / Mufarwa Farid
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply