
Hari ini 29 Mei 2021 bersamaan dengan 17 Syawal 1442 hijrah, genaplah 48 tahun seorang seniman agung dalam dunia Melayu, Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau Tan Sri P.Ramlee kembali menemui Maha Pencipta-Nya.
Pada pagi Selasa, 29 Mei 1973, P.Ramlee yang menjadi pujaan ramai rakyat seluruh Nusantara telah pergi buat selama-lamanya. Berita kem4tiannya dengan pantas tersebar menerusi corong-corong radio pada pagi 29 Mei itu. Ramai yang tidak percaya apabila menerima berita pemergian P.Ramlee pada pagi itu. Rakan-rakan seperjuangannya masing-masing kebingungan dan bertanya sesama sendiri adakah ini berita nyata atau hanya sebuah naratif di dalam filem arahan beliau.
Ya, memang P.Ramlee sudah tiada lagi. P.Ramlee sudah pergi meninggalkan dunia ini menemui Tuhan-Nya seawal waktu Subuh pada pagi itu. Pemergian P.Ramlee diratapi oleh masyarakat dan peminat-peminatnya dari seluruh negara termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah pada pagi yang hening itu ada orang yang sanggup terjun melalui tingkap ataupun jendela, semata-mata ingin memberi tahu rakan-rakan bahawa P.Ramlee sudah meninggal dunia. Bukan rumah itu tidak ada pintu, tetapi oleh kerana seluruh perasaan diselebungi kes3dihan sehingga tingkap atau jendela terbuka luas itu disangka pintu. Begitulah betapa besarnya pengaruh P.Ramlee kepada masyarakat pada ketika itu.
Suasana rumah P.Ramlee di Jalan Dedap juga sudah mula dipenuhi oleh rakan-rakan dan orang ramai. Lapisan masyarakat dari pelbagai agama dan bangsa seperti rakyat biasa, wartawan, sasterawan, bintang filem, orang politik, ahli perniagaan, menteri kabinet, sudah mula berhimpun dihalaman rumahnya walaupun pada waktu itu sudah mula memperlihatkan tanda-tanda hujan akan turun. Tetapi mereka tetap tidak berganjak demi untuk memberi penghormatan terakhir kepada jen4zah P.Ramlee.
Jen4zah P.Ramlee tiba di Jalan Dedap dari Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi dan disambut oleh hampir 500 orang ramai yang setia menanti di halaman rumahnya. Dalam perjalanan dari Hospital ke Jalan Dedap hujan renyai sudah mulai turun. Di sepanjang jalan masuk ke rumah P.Ramlee, orang berjalan berduyun-duyun tidak putus-putus mengiringi jen4zahnya.
Jen4zah P.Ramlee dibawa ke Masjid Jamek, Kampung Baru untuk dimandi dan dikafan serta disembahyangkan selepas waktu Zohor. Hampir 200 buah kereta mengiringi jen4zahnya yang turut diketuai oleh anggota Polis bermotor. Apabila tiba di Masjid beribu-ribu masyarakat sudah menanti jen4zah P.Ramlee untuk bersama-sama menyertai solat jen4zah. Kira-kira jam 5 petang jen4zah P.Ramlee tiba di tanah perkvburan Islam, Jalan Ampang. Tanah perkvburan juga sudah menjadi lautan manusia menyambut jen4zah seniman agung itu. Semua yang hadir di tanah perkvburan tetap setia berdiri dan menanti walaupun hujan renyai mengiringi jen4zah. Orang ramai berasak-asak dan tolak menolak mahu ke hadapan mendekati liang lahat sehinggakan tempat meletakkan jen4zah sudah tidak kelihatan. Pihak Polis juga terpaksa mengawal keadaan bagi melancarkan urusan pengkebvmian.
Pada waktu talkin dibaca itulah buat kali pertama masyarakat mengetahui bahawa nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria. Apa yang lebih menarik taklin itu telah dibacakan oleh Mohamad Rajoli bin Mohamed Zain (Allahyarham) atau lebih dikenali dengan nama M.Rajoli yang pada ketika itu berusia 28 tahun sedang berkhidmat sebagai salah seorang Imam besar di Masjid Jamek, Kampung Baru.
Begitulah sedikit coretan dan perkongsian dari saya sempena memperingati tarikh pemergian seorang manusia biasa yang sangat luar biasa anugerah dari Allah buat kita semua sebagai rakyat Malaysia khususnya dan bangsa Melayu amnya. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan dan pengetahuan baru kepada yang sudi.
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, gagak di rimba yang masih kekal bertakhta di belantara seni.
Al Fatihah…
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply