Mistik Tempatan Viral

Pernah Dengar Restoran misteri di Bukit Bauk, Dungun ? [Kisah Misteri]

Sebuah keluarga datang dari Johor untuk menziarahi sahabat lama yang sudah bertukar ke kampung halamannya di Dungun. Perjalanan mengambil masa antara lima hingga tujuh jam, bergantung kepada keadaan perjalanan dan kekerapan berhenti rehat. Kira-kira pukul 12 tengah malam, keluarga berkenaan sudah menghampiri destinasi yang ditujui, iaitu kira-kira lima kilometer lagi.

Ketika itu mereka melewati Rimba Bukit Bauk yang telah mula dimajukan sebagai kawasan rekreasi. Tiba-tiba kelihatan kawasan terang-benderang di tepi jalan. Apabila dihampiri, rupa-rupanya terdapat sebuah restoran besar dan cantik dengan begitu ramai pelanggan sedang menjamu selera.

Perut pun sudah berkeroncong. Tuan rumah tidak elok disusahkan dengan penyediaan makanan pada waktu larut malam begitu. Akhirnya, mereka sepakat untuk menikmati hidangan di restoran di hadapan mata.

Setelah meletakkan kereta, mereka menuju ke sebuah meja yang baru sahaja dikosongkan. Seperti biasa makanan dipesan dan tanpa menunggu lama siap pula dihidangkan. Mereka makan dengan begitu berselera sekali.

Siapa sangka di tengah-tengah kawasan rimba dan di tengah-tengah malam yang hening itu terdapat sebuah restoran yang menyajikan hidangan yang demikian enak. Pelanggan lain tidak banyak berbual. Masing-masing menikmati makanan sepenuh hati dan tertib.

Melihat suasana itu, keluarga dari selatan semenanjung itu juga hanya memberi tumpuan terhadap makanan. Tiada perbualan atau usik-mengusik seperti lazimnya. Maklumlah untuk menghormati pelanggan yang lain. Kalau pun bertentang mata dan berpandang-pandangan secara tidak sengaja, hanya senyuman yang dilemparkan.

Hidangan enam orang anak-beranak itu hanya dicaj RM30. Sungguh berbaloi dengan keenakan makanan dan variasi hidangan yang disediakan. Pendek kata, mereka sudah boleh tidur lena sebaik tiba di rumah sahabat lama ketua keluarga berkenaan sebentar lagi.

Tuan rumah dihubungi dengan makluman bahawa mereka sudah siap makan minum. Perkara yang diperlukan ialah ruang untuk melayan mata yang kian memberat. Tuan rumah mengiyakan sahaja kehendak tetamu.

Cerita tetamu dari Johor tentang restoran membuatkan tuan ruma berasa kaget. Sebagai orang tempatan, tidak pernah pula dia mengetahui tentang kewujudan mana-mana restoran di sepanjang jalan Bukit Bauk. Kalau ada pun hanya sebuah wakaf (tempat menunggu bas) dan sebuah surau yang sederhana.

Memandangkan tetamu beriya-iya mempertahankan kebenaran ceritanya, tuan rumah mendiamkan diri. Namun, perasaan curiga menyebabkan dia sukar melelapkan mata walaupun sepicing. Dia mahukan kepastian.

Usai sarapan pagi keesokan harinya, tuan rumah mengajak tetamunya ke lokasi restoran yang dinyatakan. Tiba di tempat yang dimaksudkan, giliran tetamu pula terdiam. Ke mana pula lenyapnya restoran tempat dia sekeluarga menikmati hidangan lazat tengah malam semalam?

Dia hanya mampu mengangkat bahu dan berpandangan dengan sahabatnya. Maka, dicadangkan supaya duit RM30 dicari semula. Dalam tempoh beberapa minit, sahaja duit yang tidak berusik itu ditemui di kawasan surau.

Si tetamu tergamam dan kelu. Siapa tuan punya restoran dan pelanggan yang dilihatnya tengah malam semalam? Apa pula makanan dan minuman yang sebenarnya dihidangkan?…
Wallahu a’lam

Baca Lagi Cerita Berkaitan Bukit Bauk klik link di bawah

Gadis Misteri Tumpang Kereta Di Bukit Bauk

Restoran misteri di Bukit Bauk, Dungun

‘Benda’ Itu Tiba2 Muncul

Misteri Rumah Banglo Di Bukit Bauk, Dungun

 

 

Sumber : Pencari Entiti Crew

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *