Artis Viral

Usahawan K0sm3tik Terkenal BuatHal Masa Llve FB Menyatakan “Saya Tak Suka Solat”

KECOH di media sosial video yang menunjukkan seorang usahawan kosmetik yang tanpa segan silu mengaku dirinya tidak suka solat.

Menerusi klip video 27 saat itu yang merupakan rakaman secara pengstriman langsung di Facebook (FB Live), wanita itu bercakap dalam loghat Kelantan.

Orang nak buat apa suka hati orang la (orang panggilan untuk diri sendiri). Bacaan Yasin tak perlu tunggu malam Nisfu Syaaban. Mu datang duduk rumah aku lagu mana (macam mana). Aku nyembah (solat) ke tak? Kalau nak tahu aku nyembah ke tak datang rumah aku.

“Aku memang tak suka sembahyang. Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun aku tak reti. ‘Macam mana Aiman ambil air sembahyang’ (tanya pada orang sebelah),” kata wanita itu, tidak dapat dipastikan bila dan lokasi video tersebut dibuat.

Rata-rata netizen mengecam tindakan usahawan tersebut.

Bagaimanapun, tindakan usahawan yang berani membuat pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan ramai khususnya masyarakat Islam.

Susulan itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan para pengikutnya perlu membuat penapisan dan penilaian secara baik terhadap video yang tular.

“Kita perlu membuat penapisan dan menilai bukan sahaja melihat siapa yang bercakap, tetapi kita juga menilai apa yang dikatakan. Jangan hanya pandang pada siapa yang bercakap.

“Dalam Islam, dua perkara ini kena lihat siapa yang bercakap dan menilai apa yang dikata. Kalau seperti yang didakwa, dia berbangga atau kejahilannya kerana tak suka sembahyang, tak tahu wuduk, ini adalah perbuatan yang tidak baik.

“Perbuatan yang tidak baik, tidak seharusnya diuar-uarkan. Jadi, tidak baik kalau kita berbangga atau mendedahkan perbuatan-perbuatan buruk kita,” katanya kepada mStar.

Bukan sekadar itu, beliau menjelaskan bahawa individu tersebut seharusnya didekati sekiranya dia benar-benar jahil dalam Islam.

“Jika dia dalam kalangan orang-orang yang jahil, maka balaslah percakapan orang-orang yang jahil itu dengan memberi kesejahteraan.

“Ertinya kita perlu dekati orang macam ni untuk mengenal lebih dekat, kenapa dia meluahkan kata-kata macam ini… adakah kata-kata ini dikeluarkan kerana kejahilannya atau kerana dia berbangga dengannya, ia dua isu yang berbeza,” katanya.

Mohamad Shukri.

Sehubungan itu, Mohamad Shukri akan meminta pihak berkuasa iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk mengendalikan perkara ini.

“Sekiranya dia jahil, pihak penguatkuasa akan mendamping orang ini dan memberi bimbingan. Kalau dia tak tahu ambil wuduk, beri bimbingan bagaimana ambil wuduk.

“Berdasarkan hasil siasatan itu nanti barulah kita ambil tindakan-tindakan yang sewajarnya. Kalau masih berulang-ulang dan sudah diberi nasihat, tetapi dia berkeras juga maka tindakan boleh dikenakan mengikut undang-undang.

“Kita perlu dekati orang macam ni untuk mengenal lebih dekat, kenapa dia meluahkan kata-kata macam ini… adakah kata-kata ini dikeluarkan kerana kejahilannya atau kerana dia berbangga dengannya”

MOHAMAD SHUKRI

Sementara itu, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin berpandangan terdapat kemungkinan usahawan itu menyindir individu-individu yang menganggap dia tidak solat.

PU Amin.

Walau bagaimanapun beliau berkata, apa yang dipertuturkan menerusi video yang tular merupakan kata-kata yang tidak baik untuk dilontarkan.

“Kata-kata macam ni tak baik dan boleh bawa fitnah kepada semua yang mengenali dia, sebab hal solat dan agama tak boleh suka-suka dibuat main,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyarankan pihak berwajib untuk mendekati dan membimbingnya.

“Kena ada yang mahir agama mendekati dan membimbing dia. Content berani macam ni sepatutnya tak perlu ada lagi dah sebab hanya membawa kepada bad marketing dan ini boleh mencetuskan suasana tak baik atau negatif dalam masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, mStar sedang cuba mendapatkan komen dan penjelasan usahawan wanita ini berhubung isu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *