Covid-19 Kehidupan Viral

Inilah R1ntihan Rakyat, Tidak Ada Titik Pendapatan Untuk Terus Hidup… “Sedih Dengar”

S3dih Lihat Video R1ntihan Rakyat,Tidak Ada Titik Pendapatan Untuk Terus Hidup

Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 kali ini dilihat antara cabaran terberat yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Mana tidaknya, baru sahaja hendak ‘bernafas’ semula, penularan wabak pandemik maut ini kembali menggila.

Jadi, sebagai langkah untuk mengelakkan lebih ramai yang dijangkiti dan meninggal dunia, usaha kerajaan dengan menutup sektor ekonomi dan sosial adalah langkah yang sangat perlu ketika ini.

Merayu2 minta lakukan sesuatu
Namun, bagaimana pula nasib rakyat? Tidak dapat dinafikan, sememangnya ada yang sangat terkesan dengan penutupan sektor ekonomi ini. Tapi apa lagi pilihan kita ada buat masa sekarang.

Justeru itu, satu rakaman suara rintihan rakyat telah tular di media sosial sehingga ramai warganet yang mendengarnya turut berasa sebak.

Nak teruskan hidup pun dah tiada duit

Dalam perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter menggunakan nama @bumilangit, seorang pemanggil telefon yang menghubungi lelaki di dalam video dikenali sebagai Abang Mus meluahkan kegusarannya sehingga menangis mengenangkan nasib.

Melalui percakapan pemanggil berkenaan, dia memberitahu yang sudah tidak mempunyai wang untuk hidup serta tidak mampu untuk membayar ansuran kereta juga.

“Saya susah…saya nak bayar duit kereta pun tak boleh nak bayar..tak ada.. macam mana saya nak hidup. Saya cakap terus terang Bang Mus, bulan 6 PKP, saya tak boleh bayar kereta, saya bawa kunci kereta letak dekat bank…” kata pemanggil dengan teresak-esak.

Ramai tak dapat tahan sebak

Sehubungan dengan muat naik video tersebut, rata-rata warganet yang mendengar turut sama sebak. Rayuannya memohon supaya pihak atasan memberikan bantuan sewajarnya sangat menyentuh hati sehingga ada pihak yang sanggup menghulurkan bantuan.

Sejak ia dimuat naik ke Twitter pada 30 Mei 2021, video berkenaan telah ditonton lebih daripada 700 ribu viewers. Ia juga telah dikongsikan semula sebanyak 26 ribu dan seramai 20 ribu warganet telah meninggalkan tanda suka di posting berkenaan.

Walau bagaimanapun, individu yang membuat panggilan tersebut tidak dapat dikenal pasti. Namun, luahannya yang merayu memohon bantuan begitu menyebakkan dan mewakili sebahagian rakyat Malaysia yang amat terkesan dengan pendemik ini.

Sumber : ohmymedia

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *