Kehidupan Tik Tok Viral

Dihalau Waktu Malam Kerana Suami Kantoi Curang, Wanita Bawa 3 Anak Dan Ibu Tua Duduk Hotel Bajet

VIDEO yang dikongsi seorang wanita menunjukkan barangan peribadinya berselerakan didakwa diletakkan suaminya di luar rumah yang berkunci mengundang sebak netizen.

Berkongsi kisahnya kepada mStar, Norfaezah Mansor berkata peristiwa hitam itu berlaku pada tahun lepas apabila dia bersama tiga anaknya, termasuk seorang bayi serta ibunya yang berusia 70 tahun dihalau keluar oleh suaminya.

“Saya kena halau tu waktu malam, bayangkan dia umpama tak ada perikemanusiaan, dia halau saya dengan mak umur 70 tahun serta anak saya yang kecil masa tu umur tak sampai setahun.

“Saya rasa sedih sangat terutama sekali bila memikirkan tentang mak, saya rasa sangat terkilan dan tak akan maafkan dia sampai bila-bila sebab buat mak saya macam tu,” katanya yang berkongsi video menunjukkan barang-barang peribadinya diletakkan di luar rumah di aplikasi TikTok.

Menurut Norfaezah selepas diusir, dia terpaksa tinggal di hotel bajet di Kluang, Johor selama seminggu sementara mencari rumah sewa untuk didiami mereka berlima.

Norfaezah membeli rumah ini sebagai persediaan sekiranya rumah tangganya tidak dapat diselamatkan dan ia akhirnya benar-benar berlaku.

“Saya, ibu dan tiga orang anak saya terpaksa tinggal sementara waktu di hotel bajet, RM100 satu malam.

“Kemudian saya jumpa sebuah rumah yang disewa RM500 sebulan di Kluang juga. Saya pilih rumah tu sebab dekat dengan sekolah anak saya,” katanya.

Norfaezah berkata, rumah tangganya mula berantakan apabila suaminya ‘kantoi’ bersama wanita lain sewaktu dia dalam pantang selepas melahirkan ketiga.

Bercerita tentang apa yang dialaminya pada masa itu, Norfaezah yang bertugas sebagai pegawai bank berkata dia pada mulanya cuba memperbaiki serta mempertahankan rumah tangga yang telah dibina selama tujuh tahun.

“Mak memang pada mulanya tak bagi berpisah tapi malam tu saya ceritakan segala-galanya pada dia, masa tu baru dia terima.

“Masa saya dengan suami bergaduh besar mak memang sedih sangat sebab dia memang percayakan lelaki tu,” katanya.

Norfaezah bagaimanapun bertindak bijak kerana sebaik mengetahui bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain, dia membeli rumah secara senyap-senyap sebagai persediaan sekiranya rumah tangga yang dibinanya benar-benar tidak dapat diselamatkan.

Ibu Norfaezah dan anak-anaknya di rumah yang mereka sewa.

“Tak lama lepas dia kantoi tu saya tuntut fasakh tapi dia tak nak. Masa dalam tempoh tu kami masih bersama, tak nak berpisah sebab fikirkan keluarga dan anak-anak.

“Tapi senyap-senyap saya ada membuat persediaan beli rumah. Saya bekerja tapi saya tambah pendapatan saya dengan buat bisnes sendiri.

“Cuma masa saya dihalau rumah tu masih belum siap, dalam lebih kurang enam bulan jugalah saya tinggal di rumah sewa sebelum pindah ke rumah sendiri.

“Suami saya sebelum ni pun memang tak ada bagi saya nafkah satu sen pun, saya survive sendiri dengan anak-anak, ” katanya.

“Saya kena halau tu waktu malam, bayangkan dia umpama tak ada perikemanusiaan, dia halau saya dengan mak umur 70 tahun serta anak saya yang kecil.”

NORFAEZAH

Setelah hampir setahun, dia kini meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal kepada tiga anak yang kian membesar.

Norfaezah berkata sebaik-baiknya, golongan wanita perlu memastikan mereka mempunyai pendapatan mahupun aset sendiri.

“Pesanan untuk wanita, sebahagia mana pun kita cuba pastikan ada aset atas nama sendiri supaya tak dibuang macam sampah.

“Sebagai wanita, kalau suami tak bagi kerja cuba cari jalan untuk ada pendapatan sendiri. Saya cakap sebab dah banyak kes begini berlaku, ” katanya.

Norfaezah tabah membesarkan tiga anaknya selepas berpisah dan dihalau oleh bekas suami.

Dia yang mula berkecimpung dalam bidang perniagaan turut mengajak ibu tunggal lain untuk sama-sama menjana pendapatan bersamanya.

“Saya memang minat sejak kecil, dulu saya rajin tolong mak saya jual nasi lemak tepi jalan, masa saya kerja dulu pun, lepas kerja saya jual makanan sikit-sikit.

“Saya pernah buka spa dekat rumah dulu dan sejak tahun lepas saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan produk penjagaan kulit, ” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *